FRSB menyediakan segala kemudahan bagi para pelajar menjalani proses pembelajaran yang berkesan dan berguna. Ini bagi merangsang pelajar untuk menyediakan diri bagi menghadapi alam pekerjaan yang sentiasa berubah dan mencabar.
Disamping itu pelajar juga perlu menyediakan diri sebagai ahli masyarakat yang bertanggung jawab, sanggup mengubah masyarakat sekelilingnya, dan berkebolehan berfikir secara bijaksana. Pelajar di FRSB amat digalakkan untuk bersikap positif, berusaha kearah kecemerlangan serta mempunyai jiwa kental dan sanggup berdikari.
Maklumat yang boleh dijadikan panduan untuk pelajar semasa :
FRSB mempunyai pelbagai kumpulan staf yang cukup terlatih, berpengalaman, dan berdedikasi tinggi. Mereka ini terdiri daripada kumpulan staf akademik, pentadbiran, dan teknikal. Berteraskan moto “Cemerlang Budaya Kita”, staf FRSB sentiasa bersedia memberikan khidmat yang cepat, berkesan, dan ramah demi mencapai kepuasan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, keluarga mereka dan juga masyarakat luar.
Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.