KOMPOSIT KARBON FIBER, BAHAN SELAMAT SELAMAT UNTUK INDUSTRI PEMBINAAN? | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» ARTIKEL » KOMPOSIT KARBON FIBER, BAHAN SELAMAT SELAMAT UNTUK INDUSTRI PEMBINAAN?

KOMPOSIT KARBON FIBER, BAHAN SELAMAT SELAMAT UNTUK INDUSTRI PEMBINAAN?

LAr. Asraf Abdul Rahman

 

Peristiwa kapalterbang penumpang dan kapalterbang penyelamat Jepun yang berlaga di landasan Antarabangsa Haneda pada 3 haribulan Januari 2024,  baru – baru ini telah memberikan satu dimensi baru dalam penggunaan bahan binaan iaitu komposit karbon fiber bagi pembinaan struktur badan kapal terbng selain bahan konvensional seperti aluminium. Dari peristiwa tersebut ia telah memberi kita peluang dan ruang untuk mempertimbangkan bagaimana bahan komposit berasaskan plastik tersebut boleh digunakan di dalam industri pembinaan dan  landskap khususnya.

 Kyodo New via AP

 Bahan komposit tersebut mempunyai tahap bakar sehingga 700 darjah celcius, sebelum seluruh struktur yang diselimuti bahan karbon fiber tersebut menjadi lemah dan musnah berbanding bahan biasa seperti aluminum di mana tahap bakarnya sehingga 1000 darjah celcius, lebih lama tapi mahal harganya, itupu bergantung kepada tahap kualiti aluminum yang berbeza di mana di dalam lain lain  industri  ia tidak lah setara aluminum kualiti industri aeronotikal khususnya.

Kelemahan dan kekurangan bagi bahan ini adalah apabila ia terbakar sepenuhnya menghasilkan jumlah asap yang banyak, tebal  dan amat toksik hasil daripada pembakaran fiber splinter dan juga jenis  resin perekat yang digunakan dalam proses pembuatan dan penghasilanya. Oleh itu kegunaannya di dalam ruang tertutup mungkin  bukanlah pilihan terbaik setakat ini, sehinggalah penyelidikan terbaru dihasilkan bagaimana untuk meminimakan risiko tersebut.

Di dalam industri landskap kita mungkin banyak melihat penggunaanya lebih  kepada menghasilkan perabut jalan atau “street furniture” yang lebih lasak, mapan dan berjangka hayat panjang, mudah diselenggrakan serta juga “anti vandalism’. Oleh kerana untuk membentuk rupa yang dikehendaki, acuan diperlukan di dalam proses pembuatannya maka perekabentuk boleh berkreatif dalam menghasilkannya. Komposit karbon fiber, adalah industri yang berasaskan plastik, oleh itu ia amat menggalakkan aktiviti kitar semula bahan berkaitan dan amat popular diluar negara dimana proses kitar semula lebih murah berbanding di Malaysia berikutan bekalan dan kuantiti plastik boleh guna semula dalah amat tinggi jumlahnya dan penghasilannya boh dioptimakan.

Oleh kerana kerja menghasilkan bentuk dari bahan ini adalh memerlukan tenaga kerja mahir, maka jaminan kualiti terhadap bahan siap yang akan dipasang di tapak adalah amat diperlukan. Namun bagi mengelakkan sebarang keraguan terhadap kualiti hasil kerja dan jaminan kualiti, bentuk yang akan dihasilkan dari penggunaan bahan ini seharusnya dihasilkan dikilang dengan kepakaran pekerja mereka yang tinggi dan professional. Bagi pihak pembekal dan pembina hanya perlu menghantar dan kerja  memasang sahaja diperlukan di tapak pembinaan.

Persoalan lain yang akan timbul adalah, adakah bahan ini sesuai digunakan di tapak?. Ini berikutan daripada sifatnya yang agak berteknologi tinggi yang mempunyai penampilan ‘futuristic’ yang mungkin tidak sesuai dengan konsep yang ingin digarap oleh perekabentuk, namun beberapa perubahan boleh dilakukan menerusi perbincangan bersam pengeluar bagaimana bahan tersebut boleh diaplikasikan dengan merubah beberapa perkara seperti penampilan, ‘finishing’, bentuk dan juga fungsinya.

 

 

Bahan mentah komposit karbon fiber.

Akan terdapat juga halangan lain seperti bekalan dan kawalan harga yang tidak boleh dijangka. Bahan ini sebahagian besarnya digunakan di dalam industri angkasa, penerbangan dan kejuruteraan kenderaan berkuasa tinggi. Dapat dijangkakan bahawa harganya adalah amat tinggi berikutan penghasilannya adalah untuk kegunaan industri yang tertentu sahaja, di samping untuk menghasiklan bahan tersebut prosesnya adalah amat rumit dan berteknologi tinggi, walaupun bahan asasnya hanyalah  plastik. Namun jika wujudnya trend popular yang menggunakan bahan ini  dari seluruh dunia, dijangkakan harga dan rankaian pembekalan bahan tersebut akan dapat dikawal atau distabilkan bagi penggunaan di dalam industri pembinaan pada masa hadapan.

 

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | marini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbOAA~