TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) UPM 2022/2023 | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) UPM 2022/2023

TAKLIMAT PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) UPM 2022/2023

Pn. Sarah Salwah Adnan

 

Taklimat Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) UPM 2022/2023 telah diadakan pada 4 Mac 2022 yang lalu dan dihadiri seramai 102 orang staf Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM.

 

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Siti Fatimah binti Abdul Ghani, Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar, UPM secara atas talian dan bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

 

Di dalam taklimat tersebut, Pn. Siti Fatimah telah menerangkan yang mana UPM telah menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 tahun Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) tahun 2015 kepada semua staf tetap di UPM. Pemakaian Dasar Pemisah di UPM telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah UPM (LPU) pada 1 Januari 2016.

 

Definisi Dasar Pemisah adalah Dasar untuk menamatkan perkhidmatan dan membersarakan pegawai yang berprestasi rendah daripada perkhidmatan. Sementara prestasi rendah pula merujuk kepada staf yang mendapat penilaian prestasi tahunan kurang daripada 60%.

 

Rasional pelaksanaan Dasar ini adalah untuk mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi, meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran masa kini dan akan datang, serta mewujudkan Perkhidmatan Badan Berkanun yang berprestasi tinggi dan berintegriti.

 

 

Tarikh Input: 12/05/2022 | Kemaskini: 12/05/2022 | uswahhasanah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXETUA5~