Program Pengurusan Jenazah anjuran Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Noor Munirah Abdul Halim
SRI SERDANG, 26 Februari 2026 - Fakulti Rekabentuk Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Kelab Sukan & Sosial (KeSS) telah menganjurkan Program Pengurusan Jenazah yang mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 91 orang peserta dalam kalangan warga fakulti serta pusat tanggungjawab (PTJ) lain. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Faiz Yahaya, Presiden KeSS, yang menekankan kepentingan ilmu fardu kifayah sebagai tanggungjawab bersama dalam masyarakat.
Pengisian disampaikan oleh Encik Mohamad Rashidi Bin Maajis menerusi dua slot utama iaitu Teori Pengurusan Jenazah dan Praktikal Pengurusan Jenazah. Slot teori memberi pendedahan berkaitan hukum-hakam serta tatacara menurut syarak, manakala slot praktikal membolehkan peserta melihat demonstrasi dan memahami langkah-langkah sebenar secara lebih jelas. Secara keseluruhannya, inisiatif ini berjaya meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan pengurusan jenazah serta tanggungjawab fardu kifayah.


Tarikh Input: 31/03/2026 | Kemaskini: 31/03/2026 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR