SYSTEM DI KARNIVAL KETERJAMINAN MAKANAN 2024
Aswamanisa Arshad & Mohd Hasrul Hasan
SRI SERDANG, 24 Jun 2024 – Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan satu Karnival Keterjaminan Makanan 2024 yang telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Tujuan karnival ini dianjurkan adalah bagi menangani isu kecukupan bekalan makanan negara yang telah menjadi salah satu isu yang sangat serius pada masa kini.
Antara aktiviti lain dalam program karnival tersebut adalah Pameran Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang berfokus kepada tanaman, penternakan dan teknologi (jentera dan peralatan terkini); bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai produk atau kajian yang telah dihasilkan oleh UPM.
Pada karnival kali ini, FRSB mempamerkan satu inisiatif hijau bagi kaedah pengumpulan dan penggunaan semula air hujan secara efisien dan menjadi sumber bekalan air alternatif bagi tujuan pengairan tanaman. Inisiatif yang dinamakan sebagai Supporting Irrigation System atau ringkasnya dipanggil SYStem telah dibangunkan oleh ahli-ahli daripada Jabatan Senibina Landskap yang diketuai oleh Ts. Emran@Zahrin Mohamad Taram selaku Ketua Inovasi. Di antara kelebihan SYStem ialah bertindak sebagai sistem pengairan alternatif ketika sistem utama terhenti, penggunaan semula sumber air secara percuma, mengaplikasi konsep pengurusan mapan, mengurangkan kebergantungan kepada sistem pengairan pam dan manual dan penjimatan kos untuk jangka masa panjang.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu bersama Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir turut hadir ke Karnival Keterjaminan Makanan 2024 bagi melancarkan Blueprint Keterjaminan Makanan yang dibangunkan oleh UPM. Blueprint tersebut bertujuan menjadi rujukan dan panduan bukan sahaja kepada warga UPM, malah kepada semua lapisan masyarakat yang terlibat menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

Tarikh Input: 13/08/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR