
Sambutan Setia Raya FRSB dan Selamat Bersara Prof. Ts. Dr. Khairul!
Dr. Aini Jasmin Ghazalli
SRI SERDANG, 23 April 2024 - Sambutan Hari Raya adalah untuk meraikan kebahagiaan, kesyukuran, dan hubungan sesama manusia. Kemeriahan sambutan Hari Raya adalah pengalaman yang sangat bermakna dan meriah yang merangkumi pelbagai dimensi emosi, rohani dan sosial. Inilah yang menjadikan Hari Raya Aidilfitri satu majlis yang istimewa. Pada 23 April 2024 yang lalu, pihak KeSS dengan kerjasama Pejabat Dekan telah menganjurkan Sambutan Setia Raya FRSB. Sambutan bertempat di Foyer FRSB dan dimeriahkan oleh kehadiran warga FRSB dan Mantan FRSB, serta jemputan dari PTJ lain dalam UPM dan jemputan luar. Selain itu, pada hari yang sama warga FRSB juga meraikan persaraan Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman CIDe. Persaraan bukan bermakna pengakhiran, akan tetapi ialah masa dan peluang untuk pengembaraan baharu, untuk mengejar minat dan untuk menikmati detik-detik yang membawa kegembiraan. Impak yang Prof. Ts. Dr. Khairul bawa ke FRSB ini akan dirasai untuk tahun-tahun akan datang.Selamat Bersara diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Khairul. Terima kasih atas semua bimbingan, persahabatan dan kerja keras yang telah anda kongsikan. Seluruh warga FRSB mendoakan semoga sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Terima kasih, jasamu tetap dikenang.Pada majlis Sambutan Setia Raya FRSB ini juga, sempena persaraan Prof. Ts. Dr. Khairul, beliau telah menyumbangkan satu anak pokok Buluh Badang. Pada 24 April 2024, Jabatan Senibina Landskap telah mengadakan acara menanam pokok Buluh Badang tersebut, bersama pengurusan dan warga FRSB bersempena dengam pesaraan beliau.


Tarikh Input: 23/10/2024 | Kemaskini: 23/10/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR