Salam Daripada KASEL UPM | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Salam daripada KASEL UPM

Salam daripada KASEL UPM

Dr. Mohd Fabian Bin Hasna (AJK KASEL UPM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kelab Alumni Senibina Landskap UPM atau KASEL UPM telah ditubuhkan oleh sekumpulan alumni dari program Bachelor Senibina Landskap pada tahun 2012. Pada ketika itu, saudara LAr. Amos Ng telah dilantik menjadi Pengerusi pertama bagi menerajui KASEL UPM, manakala LAr. Dr. Mustafa Kamal Bin Mohd Shariff dilantik selaku Penasihat kelab ini. Sehingga kini, KASEL UPM telah mempunyai seramai lima orang Pengerusi kelab. Dan yang terkini, LAr. Nordiana Binti Mohd Sayuti dilantik sebagai Pengerusi KASEL UPM. Alhamdulillah, kesemuanya telah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan amat cemerlang.

Matlamat penubuhan KASEL UPM menjurus kepada beberapa aspek iaitu: (i) Menyatukan alumni pelajar Bachelor Senibina Landskap, Master Senibina Landskap, Master Sains dan Doktor Falsafah dari Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM; (ii) Sebagai pusat rujukan pengkalan data bekas-bekas pelajar; (iii) Mewujudkan rangkaian jaringan dan hubungan mesra antara pelajar semasa, bekas pelajar, pensyarah serta kakitangan FRSB; (iv) Meningkatkan kualiti akademik pelajar jurusan Senibina Landskap melalui pengalaman ahli-ahli alumni pertubuhan ini; (v) Menjadikan KASEL UPM sebagai kelab alumni Senibina Landskap yang terbaik di Asia Tenggara.

Setelah sedekad penubuhan kelab ini, banyak aktiviti-aktiviti yang bersifat sosial, sukan dan akademik telah berjaya dilaksanakan. Contohnya program “KASEL Meet Raya”, “KASEL Bowling Day”, dan juga “KASEL Talk” iaitu sesi perkongsian pengalaman dan ilmu oleh para alumni yang telah berjaya dalam bidang Senibina Landskap. Menyelami kata semangat “OneFacultyOneHeartBeat” daripada Tuan Dekan FRSB, kelab ini telah menyantuni para pelajar Senibina Landskap UPM dan juga warga FRSB melalui program “KASEL Care”. Program ini telah berjaya membantu para pelajar dari segi pembelian komputer riba bagi tujuan pembelajaran dan juga bantuan dari segi kewangan buat ahli-ahli yang ditimpa musibah seperti bencana banjir. Kesemua program ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan semua ahli dan juga warga fakulti.

Alhamdulillah, baru-baru ini, KASEL UPM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara dalam talian. Terima kasih diucapkan kepada Penasihat kelab LAr. Dr Mustafa Kamal Bin Mohd Shariff, Dekan FRSB Prof. Madya LAr. Dr Suhardi Bin Maulan dan juga Ketua Jabatan Senibina Landskap Prof. Madya Dr Mohd Fairuz Bin Shahidan, kerana sudi hadir memberikan sokongan, kata-kata semangat dan juga cadangan bagi menambahbaik program-program yang dapat dilakukan oleh kelab ini. Setelah sedekadnya penubuhan kelab ini, diharap program-program yang diadakan dapat memberikan impak yang baik kepada semua alumni Senibina Landskap, UPM. Disamping itu, lebih banyak program-program kolaborasi bersama pihak FRSB perlu dilakukan di masa akan datang. Pihak KASEL UPM mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baharu bagi memeriahkan program, meningkatkan jaringan sosial dan juga industri. Jika anda adalah alumni dari Senibina Landskap UPM, dan mahu menjadi ahli kelab ini. Sila scan QR code berikut.

Terima kasih

 

Figure 1. Mesyuarat Agung Tahunan KASEL UPM yang berlangsung secara atas talian

 

Figure 2. Program KASEL Meet Raya 2021

 

Figure 3. Poster KASEL Care Laptop

 

Figure 4. QR Code pendaftaran ahli baharu KASEL UPM

Tarikh Input: 11/05/2022 | Kemaskini: 11/05/2022 | uswahhasanah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXETJAV~