REKA BENTUK PERINDUSTRIAN MELANGKAH KE 2 DEKAD | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » REKA BENTUK PERINDUSTRIAN MELANGKAH KE 2 DEKAD

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN MELANGKAH KE 2 DEKAD

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN MELANGKAH KE 2 DEKAD

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Hassan Hj. Alli

Jabatan Reka Bentuk Perindustrian

Jabatan Reka Bentuk Perindustrian (JRP) ditubuhkan pada tahun 2002 dan akan melangkah ke 2 dekad pada tahun 2022. JRP menawarkan program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) bertujuan melahirkan pereka bentuk profesional yang mempunyai ilmu mendalam dalam bidang reka bentuk perindustrian, berkemahiran, berinovasi dan berfikiran kritis untuk mengendalikan pembangunan produk baharu. 

Program ini telah melalui tiga revolusi yang mana awalnya ditawarkan selama 3 tahun menjurus kepada reka bentuk berasaskan pertanian dan kejuruteraan selari dengan visi dan misi UPM. Pada tahun 2010, program ini telah digubal semula dengan menekankan kepada reka bentuk berdaya saing iaitu penghasilan produk kegunaan melalui penerapan aspek kejuruteraan dan pembuatan supaya mampu untuk dikomersialkan berbanding hanya bersifat konsep. Jangka masa program ini juga ditambah kepada 4 tahun. Seterusnya, pada tahun 2020 program ini telah di revolusi semula dengan menekankan kepada reka bentuk IR4.0 iaitu penerapan reka bentuk produk pintar dan lestari. Penambahbaikan ini mampu melahirkan graduan berkepakaran tinggi dalam pembangunan produk mengikut keperluan dan trend global. Pada tahun 2021 program ini dikenali sebagai Bacelor Reka Bentuk Perindustrian (BRBP) dengan Kepujian setelah dijenamakan semula. 

Tarikh Input: 28/02/2021 | Kemaskini: 28/02/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdVA4~