Nurul Jannah binti Mat Saleh
Januari 2023, UPM - Jabatan Senibina FRSB telah mengadakan Program SOUL TRAXX 2022 yang melibatkan dua tempat iaitu di BRDB Rotary Children’s Residence Seri Kembangan dan di Usima Forest Resort Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka pada 12-15 Januari 2023. Program ini dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Senibina dan 174 orang pelajar dikalangan pelajar Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian dan Program Master Seni Bina di semester pertama 2022/2023.
Program ini merupakan program tahunan untuk Jabatan Senibina bagi sesi perkenalan dan menyiapsiagakan pelajar baharu dengan para pelajar lama berserta para pensyarah. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2008 sebagai program Soul Traxx yang membawa maksud program menjejaki atau mencari jiwa-jiwa baru dalam bidang Senibina. Selain daripada itu, program ini turut dikenali sebagai sebuah program penyatuan jiwa untuk semua pelajar Senibina bagi menghadapi cabaran di sepanjang pengajian di UPM.
Aktiviti utama Program SOUL TRAXX 2022 ini adalah aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti teambuilding untuk jati diri pelajar. Para pelajar juga telah memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti-aktiviti berpasukan dan kemasyarakatan iaitu gotong royong pembersihan kawasan tempat kediaman BRBD Rotary Children’s Residence Seri Kembangan, aktiviti sumbangan kerja seni bersama anak-anak yatim, aktiviti pembangunan kumpulan pelajar di Kem Usima Melaka bagi membina keyakinan diri di dalam air dan memupuk kerjasama berkumpulan, membuat persembahan secara berkumpulan ke arah kerjasama kreatif, aktiviti memupuk kerjasama berpasukan dan aktiviti kesepakatan dalam kumpulan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 17/02/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | uswahhasanah
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR