Portfolio Review Program BLA | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Portfolio Review Program BLA

Portfolio Review Program BLA

SERDANG, 8 Januari - Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Portfolio Review Program Bacelor Senibina Landskap (BLA) bagi semester pertama 2019/2020 dengan jayanya.

Portfolio Review ini diadakan pada 8 Januari 2020 melibatkan 3 jemputan penilai luar, pensyarah Jabatan Senibina Landskap dan semua pelajar Bacelor Senibina Landskap di Studio LAN 01, LAN 02 dan LAN 03, Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Penilai Luar terdiri daripada LAr. Mohd Raduan Mohd Daud, LAr. Karwina Abu Bakar and LAr. Norliza Mohd Yusof.

Program Portfolio Review Bacelor Senibina Landskap bertujuan meningkatkan nilai dan potensi pelajar secara holistik serta meningkatkan visibiliti fakulti.

Secara keseluruhannya, program ini menyediakan platform untuk mempersembahkan projek rekabentuk landskap serta hasil kerja pelajar Bacelor Senibina Landskap kepada panel penilai luar yang dilantik untuk penilaian dan cadangan penambahbaikan program.

Tarikh Input: 22/01/2020 | Kemaskini: 24/01/2020 | azliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXETMAt~