PORTFOLIO REVIEW PROGRAM BACELOR SENIBINA LANDSKAP DENGAN KEPUJIAN
Zetty Fazleen Anuar
SRI SERDANG, 12 Februari 2026 – Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Portfolio Review bagi program Bacelor Senibina Landskap dengan Kepujian, Semester Pertama Sesi 2025/2026. Sesi Portfolio Review ini bertujuan menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kursus berstudio, memastikan pencapaian kursus selaras dengan objektif yang ditetapkan, serta memperkukuh kualiti hasil kerja pelajar. Selain itu, ia menjadi platform penting untuk meningkatkan hubungan antara akademia dan industri, di samping menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelajar, pensyarah, dan pengamal arkitek landskap.

Sesi Portfolio Review lazimnya menjemput pengamal arkitek landskap berpengalaman untuk menilai hasil kerja pelajar, memberi maklum balas, dan berkongsi pandangan dengan pensyarah. Proses ini sejajar dengan usaha memastikan tahap pengajaran dan pembelajaran mengikut silibus serta setara dengan amalan kerja profesional di industri.Tiga orang Penilai adalah LAr. Hj Murzuki Hj Awang (AMBIEUU Landscape Sdn. Bhd.), Puan Nurhuda binti Abu Hassan Mazli (Studio gaRANG), dan LAr. Sabarudin Buang (Konsep Inorvatis Sdn. Bhd.)

Tarikh Input: 31/03/2026 | Kemaskini: 31/03/2026 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR