Oleh: Nurul Jannah Mat Saleh
13 – 14 Julai 2023, UPM - Jabatan Senibina FRSB telah berjaya melaksanakan Program Portfolio Review bagi Program Bacelor Sains Seni Bina (Dengan Kepujian) bagi semester kedua sesi 2022/2023 khusus untuk pelajar-pelajar tahun 1, tahun 2, tahun 4 dan tahun 5. Pihak Jabatan Senibina telah menjemput Dr. Nik Farhanah Nik Azhari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Arkitek Jafri Merican Din Merican sebagai penilai luar bagi sesi Portfolio Review pada kali ini. Program Portfolio Review yang telah diadakan ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Senibina dan pelajar-pelajar tahun 1, 2, 4 dan 5 Program Bacelor Sains Seni Bina dan Program Master Seni Bina. Semoga dengan terlaksananya program ini akan dapat meningkatkan lagi mutu penyampaian pengajaran bagi program pengajian senibina di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 04/09/2023 | uswahhasanah
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR