PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG INTER -PTJ : PROGRAM SEMARAK MERDEKA UPM2024
Madiha Hailani

SRI SERDANG, 14 Ogos 2024 - Kehadiran barisan juri Pertandingan Kibat Jalur Gemilang Inter -PTJ disambut meriah oleh warga Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM pada pukul 10.30 pagi. Seramai 15 orang juri yang diketuai oleh En. Husalshah Hussian, Pengarah PKKSSAAS hadir bagi membuat penilaian pertandingan. Program ini dianjurkan okeh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) untuk program Semarak Merdeka 2024 sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2024.
Sebanyak 48 PTJ telah menghantar penyertaan untuk pertandingan ini. Ianya merupakan penyertaan kali pertama FRSB dalam pertandingan ini.
Kerja-kerja pertukangan untuk membina Arca Kayu Merdeka FRSB semuanya dilaksanakan sendiri oleh staf FRSB di Bengkel Fabrikasi Kayu, Jabatan Rekabentuk Perindustrian. Bahan-bahan utama yang digunakan adalah dari bahan guna-semula (up-cycle) iaitu kayu-kayu yang diambil dari bangunan lama Fakulti yang telah dirobohkan pada tahun 2017.
Proses memotong dan mengecat semula telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu sehingga terhasillah Arca Kayu Merdeka FRSB yang sangat indah dan menjadi kebanggaan warga FRSB.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga FRSB yang telah memberikan sokongan untuk sambutan terutamanya kepada staf pelaksana atas komitmen dan kesungguhan serta bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan dan kelengkapan pertandingan.
AJK Kibar Jalur Gemilang Inter -PTJ FRSB

Tarikh Input: 19/09/2024 | Kemaskini: 19/09/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR