Pensyarah FRSB UPM Terima Hadiah Khas KSDS International Exhibition Korea | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Pensyarah FRSB UPM terima Hadiah Khas KSDS International Exhibition Korea

Pensyarah FRSB UPM terima Hadiah Khas KSDS International Exhibition Korea

 

 

KOREA – Pensyarah Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman menerima anugerah Hadiah Khas (Special Prize) untuk reka bentuk ‘Sarang Chair’ pada Korea Society of Design Science (KSDS) International Invitation Exhibition 2016.

‘Sarang Chair’ adalah kerusi inspirasi reka bentuk daripada sarang burung yang merupakan  habitat burung untuk bertelur dan tempat berlindung anak-anaknya.

Pembinaan kerusi tersebut diberi nafas baharu yang mengekalkan unsur traditional iaitu menggunakan daun mengkuang dan bahan logam bersesuaian dengan arus kemodenan masa kini.

Kerusi itu menonjolkan komposisi yang menyokong seluruh badan dengan selesa serta penggunaan bahan semula jadi yang menggabungkan reka bentuk modern kontemporari.

Sebanyak 154 penyertaan dari 11 negara antaranya Amerika Syarikat, Jerman, Australia, United Kingdom, Perancis, Jepun, Hong Kong, China, Malaysia dan Korea telah mengemukakan konsep dan idea reka bentuk pada pameran tersebut. – UPM

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 09/06/2020 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXESJAg~