MY FUTURE JOURNEY 2024 Nor Azlinda Binti Othman | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » MY FUTURE JOURNEY 2024 Nor Azlinda Binti Othman

MY FUTURE JOURNEY 2024 Nor Azlinda Binti Othman

MY FUTURE JOURNEY 2024

Nor Azlinda Binti Othman

 

Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program "My Future Journey 2024" pada 19 April 2024 (Jumaat). Penganjuran program ini antara lain adalah sebagai salah satu inisiatif mempromosikan program peringkat ijazah yang ditawarkan oleh UPM kepada pelajar ASPutra. Seramai 500 orang pelajar dari ASPutra UPM telah menghadiri program ini. Selain itu, program ini terbuka kepada semua warga UPM dan kawasan sekitar.

Program "My Future Journey 2024"  dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dr. Muhammad Alif Mohamad Latif, Timbalan Pengarah II ASPutra, Universiti Putra Malaysia. Dan seterusnya, sesi taklimat oleh kluster PTJ masing-masing. Fakulti Rekabentuk dan Senibina diwakili oleh Penyelaras Program Prasiswazah iaitu LAr. Mohd Nazri Saidon dari Jabatan Senibina Landskap yang juga merupakan Duta Promosi untuk kluster FRSB, Puan Ida Suriana dari Jabatan Senibina dan Dr. Siti Mastura Md. Ishak dari Jabatan Rekabentuk Perindustrian. FRSB bersama Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dalam kluster Sains Teknikal dan Teknologi. Setiap jabatan mempromosikan program, mempamerkan hasil kerja pelajar-pelajar dari program masing-masing di Booth Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

 

Upacara perasmian penutup program dan pelancaran nama baharu Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPM. Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran nama baharu ASPutra dan tayangan montaj serta seterusnya sesi bergambar. Program tamat pada jam 4.30 petang.

 

                        

 

                   

 

Tarikh Input: 16/07/2024 | Kemaskini: 16/07/2024 | marini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
Z, (06:25:35pm-06:30:35pm, 05 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]