Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pertandingan Putra Tower Oleh Syarikat Uda Holdings Berhad | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Putra Tower oleh Syarikat Uda Holdings Berhad

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Putra Tower oleh Syarikat Uda Holdings Berhad

29 Disember 2021, Serdang – Satu Majlis Penyampaian Hadiah oleh Syarikat UDA Holdings Berhad telah diadakan secara fizikal bertempat di Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM.  Majlis Penyampaian Hadiah ini adalah kepada para pemenang Pertandingan Putra Tower yang telah diadakan sebelum ini.  

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Radziah Mohd Fadzil, Ketua Komunikasi Korporat Syarikat UDA Holdings Berhad, dan disaksikan oleh Dekan fakulti Rekabentuk dan Senibina, Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan.  Pertandingan ini melibatkan sembilan (9) kumpulan pelajar dari Tahun 4 Master Senibina yang telah meneroka konsep pembangunan Bina untuk Sewaan (Built to Rent) dalam satu projek rekabentuk pembangunan berkepadatan tinggi.  

 

Pemenang tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan Homosapiens dan telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Warnaa dengan wang tunai berjumlah RM1,500.00 manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Kumpulan TBC dan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.00.

Projek pertandingan ini diterajui oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky bin Ja’afar, dari Jabatan Senibina, FRSB, UPM yang berlangsung dari bulan Januari sehingga Mei 2020. Persembahan projek dan penjurian telah diadakan pada 13 Mei 2020.

 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.  

Tarikh Input: 01/03/2022 | Kemaskini: 01/03/2022 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEXOAX~