Hasmah Bt Mat Isa
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar FRSB di Dewan Rekabentuk pada 5 Disember 2022 (Isnin) yang lepas. Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar yang disertai oleh Penaja, pensyarah, staf dan pelajar ini bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar FRSB yang cemerlang dalam bidang akademik, reka bentuk dan kepimpinan serta kepada pelajar-pelajar yang mendapat Anugerah Dekan pada semester sebelumnya.
Immanuel Gunaraj Alexander, pelajar Bacelor Sains Seni Bina Dengan Kepujian dan Nurul Aiman Izaini Binti Zulkipli pelajar Bacelor Seni Bina Landskap menjalankan tugas cemerlang sebagai pengacara majlis yang diadakan secara bersemuka ini.
Bagi Hadiah Fakulti, penerima diberikan hadiah mengikut kategori yang disumbangkan oleh penaja yang terdiri daripada Badan Profesional, Industri dan orang perseorangan serta sumbangan daripada warga pensyarah di Jabatan. Senarai penerima telah disahkan diperingkat Universiti dan nama mereka disenaraikan di dalam Buku Konvokesyen Universiti Putra Malaysia.
Senarai penerima Hadiah Fakulti bagi Sesi 2021/2022:
Muhamad
Tan Rui Qi (Bacelor Seni Bina Landskap)
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Muhammad Muslim bin Zaifulbahri (Bacelor Sains Seni Bina)
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Amirah binti Ghazali (Bacelor Sains Seni Bina)
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Amal Nazirah Hayati binti Azmi (Bacelor Sains Seni Bina)
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Low Man Ying (Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Muhammad Muslim bin Zaifulbahri (Bacelor Sains Seni Bina)
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Nur Aishah Tania binti Muhammad Fuad Foo (Bacelor Seni Bina Landskap)
Hadiah Wang Tunai RM500.00 dan Sijil Penghargaan
Ahmad Faizal bin Azizi (Bacelor Sains Seni Bina)
Hadiah Wang Tunai RM500.00 dan Sijil Penghargaan
Muhammad Aleef Ruhaimey bin Samsuri
Hadiah Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Dekan FRSB, Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada semua penerima hadiah dan merakamkan penghargaan kepada semua Penaja Hadiah Fakulti. Beliau mengharapkan kerjasama baik ini akan berterusan demi kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Kepada pelajar-pelajar lain, semoga kejayaan rakan-rakan ini boleh mencetuskan semangat dan motivasi agar lebih berjaya di masa akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 17/02/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | uswahhasanah
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR