LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENSYARAH DAN PELAJAR SENIBINA DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI SARAWAK KE FRSB, UPM
Ar Dr. Athira Azmi
SERDANG, 4 Mac 2024 - Jabatan Senibina menerima kunjungan lawatan sambil belajar pelajar semester 6 - Comprehensive Design Studio (CDP) dari Universiti Teknologi Sarawak ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.
Penyelaras Program Bachelor, Ar Nik Fazlisham telah berkongsi hasil kerja pelajar senibina UPM, dibantu oleh Dr. Sarah Salih untuk membawa rombongan melawat Galeri Senibina yang mempamerkan projek-projek terpilih.
Penyelaras Program M.Arch, Ar Aznida dan Penyelaras Program MCTeM, Ts Dr. Maszura turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan Program Master of Architecture (M.Arch) dan Master in Construction Technology Management (MCTeM) yang ditawarkan di UPM sebagai peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat master kepada pelajar-pelajar tahun akhir dari Universiti Teknologi Sarawak ini.
Lawatan turut disantuni oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Senibina yang lain seperti Pn Ida Suriana, Ar Meor Fared, Dr Ummi, En. Mahmoud Bghdadi dan En. Syakir Mahadzir.
Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua dan menguatkan jalinan antara institusi senibina UPM & Universiti Teknologi Sarawak.
Tarikh Input: 08/05/2024 | Kemaskini: 08/05/2024 | marini
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR