KLModern: MASEANa Student International Workshop 2019 @Kuala Lumpur | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » KLModern: mASEANa Student International Workshop 2019 @Kuala Lumpur

KLModern: mASEANa Student International Workshop 2019 @Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 28 Julai –Seramai tiga orang pelajar daripada Fakulti Reka Bentuk dan Senibina telah mengambil bahagian dalam Bengkel Antarabangsa Pelajar MASEANa 2019 @Kuala Lumpur yang diadakan di Pusat PAM, Jalan Tandok, Kuala Lumpur. Bengkel ini dianjurkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dengan kerjasama projek MASEANa Universiti Tokyo, Jepun dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai tuan rumah. Program ini telah dihadiri oleh sekitar 60 peserta di kalangan pensyarah dan pelajar dari 9 institusi pengajian seni bina tempatan di Malaysia bersama peserta antarabangsa dari Universiti Tokyo, Jepun.

Bengkel mASEANa ini merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan serantau yang berlangsung selama 5 tahun, dari 2015 hingga 2020, dibiayai oleh Yayasan Jepun dan Yayasan Toyota. Matlamat utama projek ini adalah untuk mendokumenkan senibina moden di rantau Asia Tenggara sambil memupuk kesedaran di kalangan generasi muda tentang kepentingan warisan seni bina.

Sepanjang bengkel tiga hari itu, para pelajar ditugaskan untuk mendokumenkan maklumat berkenaan bangunan seni bina moden di sekitar Kuala Lumpur. Di samping bekerja dalam kumpulan, para pelajar turut mengambil bahagian dalam aktiviti street journey untuk mengambil gambar dan mengumpulkan maklumat bangunan berdasarkan pemerhatian sebelum menyusun dokumentasi mereka untuk pembentangan.

Peserta dari UPM yang menghadiri bengkel adalah seperti berikut:

Pensyarah :

Dr. Mohd Shahrudin Abd Manan

Pensyarah:        

  1. Muhammad Firdhaus Razali (Bac. Sains Senibina Tahun 3)
  2. Noraliah Mohd Rasis (Bac. Sains Senibina Tahun 3)
  3. Nur Fareena Mohd Hashim (Bac. Sains Senibina Tahun 3)

Tarikh Input: 26/08/2019 | Kemaskini: 26/08/2019 | marzieana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDcVA3~