KERJASAMA INDUSTRI, LALUAN SURIA DIREALISASI
LAr. Mohd Nazri Saidon
SERI SERDANG, 10 Julai 2024 - Satu majlis penamaan laluan suria telah diadakan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM. Majlis ini disertai oleh Dekan FRSB Prof Madya Ts Gs Dr. Mohd Johari Mohd Yusof dan rakan industri fakulti iaitu Sunway Paving Solution Sdn Bhd. (SPS). SPS diwakili oleh Mr Brendan Gan, Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran. Projek laluan suria ini agak unik kerana penglibatan industri iaitu SPS dan para pelajar senibina landskap yang mengambil kursus LAN3503 Bahan Binaan dalam menyiapkan laluan suria. Pihak SPS menyediakan khidmat profesional seperti TOT (Training of Teacher), syarahan teknikal berkaitan amalan baik pemasangan bahan binaan (paving brick) dan menyediakan bahan asas untuk pembinaan laluan suria.
Pelajar bersama pensyarah terlatih dengan kepakaran staf SPS menyelia dan memberi tunjuk ajar dilapangan untuk merealisasikan laluan suria mengikut spesifikasi amalan baik pembinaan. Selain daripada taklimat poster kerja pelajar dan lawatan ke laluan suria, Mr Brendan juga menanam sepohon palma iaitu Livistonia sp (serdang palm) di sebelah laluan suria sebagai tanda ingatan hubungan UPM dan SPS. Majlis turut di hadiri ketua Jabatan Senibina Landskap, Cik Camin Ng (SPS) dan pensyarah JSL. Dalam ucapan Dekan, beliau merasakan program seperti ini harus diteruskan lagi supaya kerjasama baik terus dipupuk dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang.


Tarikh Input: 13/08/2024 | Kemaskini: 15/08/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR