KAYUHAN JIWA MERDEKA | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » KAYUHAN JIWA MERDEKA

KAYUHAN JIWA MERDEKA

 

KAYUHAN JIWA MERDEKA

Alis Suhaili Abd Ghani

SRI SERDANG, 29 Ogos 2024 - Bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan 2024, pihak KeSS FRSB telah menganjurkan Program Kayuhan Jiwa Merdeka di sekitar kampus UPM.  Program ini telah berlangsung pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.  Program dimulai dengan pengagihan basikal kepada peserta dan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dekan FRSB. Seramai 69 orang staf FRSB telah turut serta dalam program ini.   

Penganjuran program ini bukan sahaja untuk meraikan kemerdekaan negara Malaysia tercinta, tetapi juga menggalakkan rasa kemasyarakatan, kesedaran alam sekitar dan kesejahteraan diri. Antara kelebihan aktiviti berbasikal adalah mengurangkan risiko penyakit, menurunkan kadar kolesterol serta menguatkan tulang.

Sesuai dengan sambutan Bulan Kemerdekaan, program ini juga menggalakkan perpaduan, dimana menunggang basikal bersama di bawah panji-panji negara memupuk rasa perpaduan dan kebanggaan di kalangan peserta. Berbasikal juga boleh dilihat sebagai simbol kebebasan, kemerdekaan dan mobiliti, selaras dengan nilai-nilai sambutan hari kemerdekaan.

   

Pihak Bahagian Keselamatan Universiti bertanggungjawab mengawal lalulintas manakala Pusat Kesihatan Universiti bersiap sedia menyediakan sebarang keperluan kecemasan (sekiranya perlu) semasa program berlangsung.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga FRSB kerana telah memastikan Program Kayuhan Jiwa Merdeka berlangsung dengan jayanya dan sekaligus telah mencapai matlamat program.

 

       

 

 

 

                   

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/10/2024 | Kemaskini: 23/10/2024 | marini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
Z, (12:18:29am-12:23:29am, 03 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]