GOVERNING GREEN TRANSITION INTO GREEN (GOGREEN) Dr. Mohd Sallehuddin Mat Noor | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » GOVERNING GREEN TRANSITION INTO GREEN (GOGREEN) Dr. Mohd Sallehuddin Mat Noor

GOVERNING GREEN TRANSITION INTO GREEN (GOGREEN) Dr. Mohd Sallehuddin Mat Noor

GOVERNING GREEN TRANSITION INTO GREEN (GOGREEN)

Dr. Mohd Sallehuddin Mat Noor

 

DENMARK, 1 Mac 2024 - Satu sesi konferen dan kajian penyelidikan bertajuk
“GOVERNING GREEN TRANSITION INTO GREEN (GOGREEN)”. Sebahagian
daripada kos pengurusan program ini ditanggung menggunakan Geran Inisiatif Putra
Muda (IPM) kerana tema konferen ini amat berkait rapat dengan pembangunan
kompetensi bagi kontraktor projek landskap. Konferen ini telah diadakan pada 1-3 Mei
2024 di Thon Partner Hotel, Sorø, Denmark.Kajian ini adalah berkait rapat dengan
kajian yang telah diluluskan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dibawah skim Geran
Inisiatif Putra Muda tahun 2021

 

                   

 


Matlamat penyelidikan geran IPM adalah mengenalpasti kompetensi baharu bagi
kontraktor landskap dalam pengurusan projek pembinaan landskap di Malaysia.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini
seperti 1) kajian analisis kandungan, 2) tinjauan soal selidik bersemuka dan dalam
talian beserta 3) perbincangan kumpulan berfokus (FGD).
Manakala, data daripada konferen ini adalah data tambahan yang signifikan kerana ia
memberi nilai tambah kepada pelbagai jenis projek pembangunan landskap dari seluruh
dunia dan menjurus kepada pentadbiran sivil kemasyarakatan iaitu cara terbaik dalam
menjalankan projek pembangunan dan penyelenggaraan landskap bersama pihak
kerajaan, swasta dan khususnya orang awam di bawah Sustainable Development Goal
(SDG), terutamanya SDG 17 – Partnerships for the Goal.
Objektif sesi konferen ini adalah memurnikan penemuan hasil tinjauan faktor
pentadbiran kritikal yang menjadi salah satu nilai sikap dalam kompetensi kontraktor
landskap berdasarkan kaedah Qualitative Case Analysis (QCA). Di samping itu, sesi ini
adalah bagi mendapatkan pandangan pelbagai latar belakang projek perancangan,
rekabentuk dan pembinaan landskap di seluruh dunia berkaitan pendekatan berbeza
meliputi pelbagai tema projek iaitu perancangan komuniti, ekologi dan konservasi,
tenaga, pengurusan sisa dan pertanian.
Nilai keberhasilan yang dijana dari sesi ini adalah penglibatan penyelidik seluruh dunia
dalam pelbagai latar projek perancangan, rekabentuk dan pembinaan landskap
memberi nafas baharu dalam perspektif SDG 17 terutamanya peranan masyarakat
dalam melihat model projek pembinaan dan kompetensi yang diperlukan oleh
kontraktor landskap melalui faktor pentadbiran dalam pengurusan dan implementasi
projek.  

 

Tarikh Input: 09/09/2024 | Kemaskini: 09/09/2024 | marini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (02:35:24am-02:40:24am, 20 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]