Floria Diraja Putrajaya 2019: UPM Raih Gangsa | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Floria Diraja Putrajaya 2019: UPM Raih Gangsa

Floria Diraja Putrajaya 2019: UPM Raih Gangsa

PUTRAJAYA: Buat kali ke sebelas, Perbadanan Putrajaya menganjurkan FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2019 mulai dari 30 Ogos 2019 sehingga 8 September 2019 di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Floria Diraja Putrajaya 2019 ini telah memilih bunga Orkid dan Bonsai sebagai bunga tema dan Mothers of All Garden sebagai tema acara. Festival bertaraf antarabangsa ini akan mempamerkan keindahan bunga-bungaan tropika yang berwarna-warni yang diadun dan disusun dengan menarik di dalam suasana landskap dan taman yang berprestij.

4 buah institusi pengajian tinggi awam dan 2 institusi pengajian tinggi swasta tempatan terlibat dalam pertandingan Floria Garden Creative Award dimana peserta dikehendaki membina pameran “Vertical Wall” dengan tema Mothers of All Garden.

Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia telah memenangi Pingat Gangsa dalam kategori tersebut. Tahniah diucapkan!

  

Tarikh Input: 23/09/2019 | Kemaskini: 23/09/2019 | azliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
C1576099815