E-PORTFOLIO JSL@norma Baharu | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » e-PORTFOLIO JSL@norma baharu

e-PORTFOLIO JSL@norma baharu

oleh LAr. Mohd Nazri Saidon(Penyelaras BLA, JSL)

25 Februari 2021 yang lalu, FRSB telah menganjurkan sesi e-portfolio review secara dalam talian yang melibatkan penglibatan penilai luar, penilaian dalaman, pensyarah kursus dan juga pelajar FRSB. Sesi ini melibatkan Jabatan Senibina Landskap, Jabatan Senibina dan Jabatan Rekabentuk Perindustrian.

Objektif sesi ini diadakan ialah bagi menilai pencapaian kursus-kursus reka bentuk yang ditawarkan diperingkat jabatan masing-masing. Sesi portfolio secara dalam talian ini, pertama kali diadakan ekoran peringkah kawalan pengerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengawal dan memutuskan rangkaian virus covid-19 yang melanda negara ketika berita ini ditulis.

Bagi sesi e-portfolio diperingkat jabatan, 3 panel penilai dari pihak industri di jemput iaitu Lar. Wan Mohd Hatta Wan Abdullah (Shapakat Consultants), Lar. Ragubalan Bashkaran (Verde Arte Consultancy) dan LAr. Mohd Raduan Mohd Daud (Walrus Design Sdn. Bhd). Sesi ini dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Jabatan Prof Madya Dr Mohd Fairuz Shahidan, dan diikuti oleh sesi panel penilai mendengar pembentangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pencapaian kursus oleh pensyarah. Di akhir sesi, penilai berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar secara dalam talian bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan dengan isu-isu pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran kursus secara dalam talian ekoran perlaksanaan PKP 2.0 oleh Kerajaan. Di kesempatan sesi ini juga, pihak industri berpeluang berkongsi sedikit pengalaman profesional mereka dalam menghadapi suasana bekerja dalam norma baharu.

Semoga perkongsian pengalaman tersebut, menjadi inspirasi kepada pelajar untuk terus mara kehadapan bagi meneruskan cita-cita pelajar menjadi Arkitek Landskap Profesional yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara suatu hari nanti. Bagi pihak Jabatan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sesi e-portfolio review pada kali. You are awesome.

Tarikh Input: 26/04/2021 | Kemaskini: 26/04/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEUGAe~