DARI BENDANG KE ARCA: GERBANG PADI MEMBAWA EMAS BUAT FRSB | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » DARI BENDANG KE ARCA: GERBANG PADI MEMBAWA EMAS BUAT FRSB

DARI BENDANG KE ARCA: GERBANG PADI MEMBAWA EMAS BUAT FRSB

DARI BENDANG KE ARCA: GERBANG PADI MEMBAWA EMAS BUAT FRSB

Dr. Mohd Fabian Hasna

SUNGAI RAMBAI, 21 Disember 2025 - Bersempena Festival D’Bendang Sungai Rambai, Melaka 2025, sebuah festival komuniti yang meraikan landskap sawah, budaya padi dan kehidupan persawahan tradisional setempat, pasukan FRSB yang dinamakan Malinja, iaitu gabungan tenaga akademik dan staf sokongan telah mencatat kejayaan membanggakan apabila memenangi Anugerah Emas, membawa pulang RM1,500 berserta sijil pemenang. Festival ini bukan sahaja menjadi platform pemeliharaan budaya bendang, malah menghimpunkan penyertaan IPTA, IPTS dan komuniti setempat melalui seni, pameran dan aktiviti berteras tradisi.

Arca “Gerbang Padi: Ada Padi Masak, Adalah Pipit” diterjemahkan sebagai simbol ambang antara usaha dan hasil daripada menanam kepada menuai, daripada menunggu kepada menerima. Gerbang padi ditafsir sebagai pintu masuk ke ruang rezeki, manakala pohon-pohon padi melambangkan kesabaran, kitaran hidup dan kelangsungan. Kehadiran pipit pula menjadi tanda kehidupan yang berlegar di sekeliling kelimpahan.

Diperbuat sepenuhnya daripada jerami padi, arca ini mengangkat bahan sederhana menjadi bermakna, iaitu menonjolkan nilai yang lahir daripada hubungan, proses dan kebersamaan. Selari dengan roh Festival D’Bendang, karya ini mengajak khalayak merenung makna rezeki, keseimbangan alam dan kebergantungan dalam satu ekosistem yang saling menyokong dari bendang ke komuniti.

 

 

 

Tarikh Input: 30/03/2026 | Kemaskini: 30/03/2026 | marini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
Z, (04:04:14pm-04:09:14pm, 30 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]