Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia kini menyediakan kemudahan Ali Food – Self-Service Mart untuk kemudahan pelajar dan staf.
Kemudahan ini menawarkan pelbagai pilihan makanan segera, snek dan minuman yang boleh diakses dengan mudah pada bila-bila masa. Konsep layan diri (self-service) memudahkan pengguna membuat pembelian dengan cepat dan efisien.
Selain itu, semua urusan pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) bagi memastikan transaksi yang lebih selamat dan mudah.
📍 Lokasi: Berhadapan Parcel Box FRSB
DUO CAFE
DUO Cafe menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman untuk kemudahan pelajar dan staf Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Antara yang disediakan termasuk hidangan makanan berat, kuih-muih, minuman serta pencuci mulut yang menyelerakan. Kemudahan ini menyediakan ruang yang selesa untuk pelajar dan staf menikmati sajian, berehat serta berinteraksi dalam suasana santai.
📍 Lokasi : Bersebelah Galeri Serdang.
DATELINE PRINTING SHOP
Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia menyediakan kemudahan kedai percetakan (printing shop) bagi menyokong keperluan pembelajaran dan projek pelajar.
Kedai ini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk percetakan dokumen, cetakan tesis dan laporan, penyediaan bahan reka bentuk serta perkhidmatan merchandising.
Kemudahan ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar mendapatkan perkhidmatan percetakan dan bahan berkaitan secara lebih cepat dan efisien di dalam kawasan fakulti.
PARCEL BOX
Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia kini menyediakan kemudahan parcel box untuk kegunaan pelajar. Kemudahan ini membolehkan
pelajar menerima dan mengambil bungkusan dengan lebih mudah, selamat dan fleksibel pada bila-bila masa.