PEJABAT DEKAN | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA frsb
» MENGENAI KAMI » PENTADBIRAN » PEJABAT DEKAN

PEJABAT DEKAN

https://frsb.upm.edu.my/mengenai_kami/pentadbiran/pejabat_dekan-69194

Fakulti Rekabentuk dan Senibina atau FRSB, Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 26hb Jun 1996. Sejak penubuhannya, FRSB telah memainkan peranan yang amat signifikan dalam membangun dan mengembangkan ilmu bidang rekabentuk dan senibina terutamanya ke arah pembangunan yang lestari untuk kemanusiaan dan kemakmuran negara.

FRSB kini menawarkan tiga (3) program prasiswazah iaitu, Senibina Landskap, Senibina dan Rekabentuk Perindustrian. FRSB juga menawarkan program pasca siswazah secara kerja kursus dan juga penyelidikan. Terdapat enam (6) program sarjana (master) secara kerja kursus iaitu Senibina Landskap, Senibina, Rekabentuk Bandar Tropika, Pengurusan Landskap Lestari, Inovasi Rekabentuk Perindustrian dan Pengurusan Teknologi Pembinaan, di samping program sarjana (master) dan PhD secara penyelidikan. Semua program yang ditawarkan telah mencapai status akreditasi yang ditetapkan oleh badan profesional (LAM dan ILAM) serta mendapat pengiktirafan Malaysian Qualification Agency (MQA).

FRSB dalam usia yang menjangkau hampir tiga dekad beriltizam untuk terus maju ke hadapan dan menjadi sebuah fakulti cemerlang dalam bidang rekabentuk dan senibina.  Iltizam ini mampu dicapai dengan kerjasama semua entiti fakulti iaitu staf, pelajar, komuniti dan industri. Untuk memastikan perancangan ini dicapai dan tersusun, FRSB telah merangka suatu Pelan Strategik FRSB 2021-2025 bagi memastikan inisiatif yang dirangka ini tercapai dan terlaksana.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pelajar semasa, bakal pelajar, alumni, staf, penyelidik dan rakan komuniti dan industri untuk terus bersama kami mewarnai dan merancakkan lagi pembangunan pengembangan ilmu rekabentuk dan senibina demi kemakmuran, kelestarian dan kemanusiaan sejagat.

Profesor Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof
Dekan
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Universiti Putra Malaysia

 

 

Pejabat Dekan mengawal dan mengkordinasi unit-unit lain dan juga jabatan-jabatan dalam fakulti. Pejabat ini terdiri daripada beberapa unit termasuk Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan, dan Unit Korporat. Ia diletakkan terus dibawah tanggungjawab Dekan.

                                             PEJABAT DEKAN                                                                                       

 

 
 PROFESOR GS. DR. MOHD JOHARI MOHD YUSOF
 Dekan | VK 7 
 Tel :03-9769 4090
 Email : dean.frsb@upm.edu.my
 

 

  FATIMAH MUSTAFA 
  Setiausaha  Pejabat | N6
  Tel :03-9769 4090 
          Email: fatimah_mus@upm.edu.my                                                                             

 

                                         UNIT KORPORAT                                                                                          

                                                                                                           

  
 DR SAZRINEE ZAINAL ABIDIN
 Penyelaras Unit Korporat | DS 13
 Tel: +03 8946 1142
 
Email : sazrinee@upm.edu.my
  
 ARIZY VALENTINO RAMLI
 Pereka | B10
 Tel: 03- 9769 4065
 Email : arizy@upm.edu.my
  
 MADIHA HAILANI
 
Penolong Pegawai Tadbir | N5
 Tel :03-9769 4618
 Email : madiha_hailani@upm.edu.my
  
MOHD GHAZALI RAZAK 
Pereka | B2
Tel:03- 9769 4089
Email : mohdghazali@upm.edu.my
  
 USWAH HASANAH RAZA
 Pereka | B1
 Tel:03- 9769 4089
 Email : uswahhasanah@upm.edu.my
  
 MARINI ABD KADIR
 Pembantu Awam | H11
 Tel : 03-9769 4061
 Email : marini@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 06/08/2026 [marini]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (10:18:09pm-10:23:09pm, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]