Bengkel Pengiktirafan Akreditasi Program BLA Dan MLA | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Bengkel Pengiktirafan Akreditasi Program BLA Dan MLA

Bengkel Pengiktirafan Akreditasi Program BLA Dan MLA

BANGI, 16 Januari - Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Bengkel Pengiktirafan Akreditasi Program Bacelor Seni Bina Landskap (BLA) dan Master Seni Bina Landskap (MLA). Program Bacelor Seni Bina Landskap dan Master Seni Bina Landskap adalah dua buah program profesional yang perlu mendapat pengakreditasian dari badan professional selepas para pelajarnya bergraduat.

Bengkel yang melibatkan seramai 23 pegawai akademik dari Jabatan Senibina Landskap ini telah diadakan pada 16 Januari 2020 di Bangi Resort Hotel.

Untuk makluman, program Bacelor Senibina Landskap dan Master Senibina Landskap, Universiti Putra Malaysia telah mendapat pengiktirafan penuh daripada Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) selama 5 tahun bermula 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2020.

Sehubungan itu, penyediaan dokumen yang baharu adalah diperlukan dengan mengikut prosedur dan standard ‘Malaysia Landscape Architecture Programme Recognition’ Edisi April 2019.

Adalah diharapkan hasil daripada bengkel ini, dokumen pengiktirafan tersebut mematuhi keperluan akreditasi program BLA dan MLA bagi tujuan memperolehi akreditasi penuh daripada Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), dan dapat mempertingkatkan kualiti kurikulum kedua-dua program tersebut.

Tarikh Input: 24/01/2020 | Kemaskini: 24/01/2020 | azliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEYNAS~