Masyarakat pada masa kini menghadapi pertambahan pelbagai permasalahan kesihatan serta tekanan yang sering dikaitkan dengan cara kehidupan moden. Faktor penyumbang kepada permasalahan ini termasuklah antaranya, populasi yang semakin padat serta tekanan psikologi disebabkan oleh taraf kehidupan bandar dan tekanan di tempat kerja. Permasalahan ini membawa kepada pencarian cara alternatif untuk mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan kehidupan sosial serta cara untuk mempertingkatkan tahap kesihatan. Kekurangan aktiviti fizikal dan tekanan menyebabkan bertambahnya beberapa penyakit yang mana pengambilan ubatan hanya mampu mengurangkan simptom dan kemungkinan tidak mampu membasmi penyakit dan seterusnya kemungkinan menjurus kepada pengurangan kualiti kehidupan terutamanya di bandar.
Kawasan luaran serta elemen semulajadi seperti hutan, taman, serta kawasan di penuhi tumbuhan telah diketahui mampu menyediakan peluang untuk meningkatkan kesihatan masyarakat. Banyak kajian mendapati aktiviti yang dijalankan di persekitaran bersifat semulajadi dikatakan mempunyai kebaikan terhadap kesihatan mental dan juga fizikal. Namun masih banyak kekurangan aspek pengetahuan mengenai hubungan positif antara persekitaran semulajadi dan kesihatan yang perlu diterokai.
Satu kajian mendapati terdapat dua kekangan di dalam penggunaan kawasan rekreasi hutan yang sering dibangkitkan oleh pengguna apabila menggunakan persekitaran tersebut. Kekangan utama adalah ‘kekurangan masa’ dan ‘kekurangan informasi’. Permasalahan lain yang disebut termasuklah ‘kawasan rekreasi terlalu sesak’, ‘ahli keluarga lebih menyukai aktiviti lain’, ‘faktor cuaca’ , ‘kekurangan fasiliti’, ‘faktor keselamatan’ dan ‘tidak tahu lokasi ‘.
Persekitaran semulajadi seperti hutan boleh dilihat sebagai aset penting untuk menambah baik serta menyokong kesihatan yang lebih baik. Beberapa langkah asas yang boleh diaplikasikan dan diambil kira dalam menjadikan hutan terutamanya di bandar sebagai ruang terapi serta berciri restoratif serta mempromosi aktiviti fizikal boleh dicadangkan seperti berikut.
Kesimpulannya, hutan mempunyai pelbagai potensi untuk digunakan di kawasan bandar sebagai kawasan berekreasi dan juga mempunyai menyediakan ruang sebagai terapi dalam mengurangan tekanan mental dan fizikal. Program penjagaan yang teratur, faktor keselamatan yang tinggi serta adanya aktivti yang dapat memenuhi keperluan setiap peringkat masyarakat boleh memastikan hutan menjadi pilihan pada mereka yang mencari ruang untuk melepaskan tekanan secara positif.
Gambar 1- Penyediaan ruang untuk rehat, papan informasi serta pengcahayaan yang mencukupi di sekitar laluan di kawasan hutan dapat menjamin penggunaan yang berterusan
Gambar 2- Tepi laluan yang diwarna terang mampu untuk memberi perasaan selamat kepada pengguna
Gambar 3- Laluan yang tidak licin di samping elemen menarik seperti batuan serta pelbagai tumbuhan menjadi tarikan pengunjung menggunakan hutan untuk berekrasi
Gambar 4 – Laluan yang bersih dan dijaga rapi menjadi salah faktor yang menjadikan hutan sebagai kawasan rekreasi dan pilihan untuk terapi yang berjaya
Gambar 5- Peluang untuk pengguna membuat pilihan mengadakan pelbagai aktiviti di hutan samada aktif atau pasif perlu difikirkan.
Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abdul Shukor
|
Tarikh Input: 16/11/2020 | Kemaskini: 16/11/2020 | arizy
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR