Senibina Barat: Senibina Klasik | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» ARTIKEL » Senibina Barat: Senibina Klasik

Senibina Barat: Senibina Klasik

Dalam perbahasan senibina barat, ia biasanya bermula dengan perbincangan tentang senibina klasik. Artikel ini akan melihat sejarah dan perkembangan senibina klasik ataupun classical architecture.

 

Senibina klasik secara kasarnya dimaksudkan senibina yang berasaskan prinsip senibina klasik yunani dan romawi. Secara khususnya ia dirujuk kepada prinsip senibina yang ditulis oleh seorang pengkaji senibina yunani bernama Vitruvius. Vitruvius merupakan seorang penulis, arkitek, jurutera yunani yang hidup dalam kurun terakhir sebelum masihi. Wacana senibinanya ditulis di dalam buku De Architectura yang terdiri dari beberapa jilid.

 

Buku De Architectura yang ditulis sekitar 40 tahun SM, menekankan aspek rekabentuk dari segi perkadaran ukuran (proportion), dan keharmonian visual. Ia juga menekankan tiga prinsip asas senibina iaitu, Venustas (keindahan), firmitas (kekukuhan) dan Utilitas (kegunaan). Secara ringkasnya, senibina mestilah mempunyai ciri2 binaan yang indah, kukuh dan selamat serta berguna kepada manusia.

 

Vitruvius bukanlah arkitek asal senibina klasik, namun dia berusaha menulis tentang prinsip2nya. Sumber2 rujukannya merupakan senibina tamadun Yunani yang dihasilkan sebelumnya. Senibina ini telah wujud ratusan tahun sebelum kelahiran Vitruvius lagi. Antara contoh yang paling masyhur ialah senibina yang terdapat di sebuah acropolis di Athen, Greece. Acropolis adalah kota pertahanan dan keugamaan di zaman Yunani. Acropolis di Athen ialah yang paling Masyhur. Dan bangunan yang sering menjadi rujukan senibina klasik ialah Parthenon. (gambar 1)

Gambar 1- Parthenon di Acroplis, Athen (Sumber foto: wikipedia)

 

Parthenon dibina pada tahun 437 SM dan merupakan kuil untuk Dewi Athena, salah satu dari dewa2 sembahan orang yunani purba. Pada kuil ini terdapat ciri2 senibina klasik yang diutarakan oleh Vitruvius. Antara ciri2 yang ada ialah ia dibina dari marmar atau batu yang tahan lama. Hiasan ukiran tiangnya adalah berasaskan aturan Doric, iaitu salah satu dari tiga aturan klasik yang diutrakan vitruvius. (aturan yang lain adalah Ionic dan Corinthian). Perbezaan ketiga2 aturan ini dijelaskan di dalam buku De Architecture oleh Vitrivius (Gambar 2).

 

Gambar 2 : Aturan Klasik Doric, Ionic dan Corinthian (Sumber foto:https://www.thoughtco.com/)

 

Satu lagi ciri utama Parthenon ialah penggunaan kadaran ukuran yang berasaskan keharmonian ukuran yang dipercayai mempunyai nilai kecantikan yang hakiki. Ada yang mengaitkan kadar ukurannya dengan "Golden Ratio" iaitu perkadaran matematik yang dihasilkan oleh seorang ahli matematik yunani yang bernama Pythagoras. Namun ianya tidak dapat dibuktikan secara jelas. Apa yang pasti ialah Parthenon sering dilambangkan sebagai kemuncak keindahan senibina klasik.

 

Senibina klasik Romawi yang paling terkenal ialah Colosseum yang dibina pada tahun 80 Masihi. (Gambar 4). Antara ciri2 yang paling ketara ialah adanya ukiran separa tiang dan arca pada dinding luarnya. Rekabentuk separa tiang yang digunakan terdiri dari ketiga2 aturan klasik iaitu Doric, Ionic dan Corinthian. Ciri2 ini seterusnya menjadi ikutan bagi semua aliran senibina klasik di Eropah.

Gambar 3- Colosseum, Rome. (Sumber foto: Wikipedia)

 

Selepas kejatuhan empayar Rom pada kurun ke 5 Masihi, senibina klasik tidak lagi menjadi gaya utama dalam senibina di Eropah. Namun ia mendapat nafas baharu semasa Era Carongilian renaissance, iaitu sekitar kurun ke 7 dan kurun ke 8 Masihi. Seterusnya ia dibangkitkan semula dalam era Neo Classical (Klasik Baharu) pada sekitar kurun ke 18 sehinggalah ke era Moden. Ia masih menjadi pilihan sebahagian arkitek sehingga hke hari ini.

 

Rujukan:

https://www.thoughtco.com/what-is-an-order-of-architecture-177516

https://en.wikipedia.org/wiki/Carolingian_Renaissance#Carolingian_architecture

https://en.wikipedia.org/wiki/Classical_architecture#:~:text=Classical%20architecture%20usually%20denotes%20architecture,of%20the%20Roman%20architect%20Vitruvius.

 

 
Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar

Ketua Jabatan Senibina,
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, 
Universiti Putra Malaysia

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/01/2021 | Kemaskini: 06/01/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXESXAN~