RUANG KERJA DAN KESANNYA. SIRI : 2
Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah CiDe
Pada sensasi sebelumnya penulis ada menulis artikal bertajuk Ruang Kerja dan Kesannya pada Mac 2024. Berikut adalah kesinambungan penulisan. Penulis akan menerangkan secara lebih jelas kesan daripada WFH terhadap nilai hidup manusia yang berkait rapat dengan pendekatan Planetary Health UPM. Konsep planetary health UPM bukan hanya alam sekitar semata, tetapi kesihatan manusia, alam sekitar dan sistem sosial berhubung rapat. Oleh itu menjaga kesejahteraan tempat kerja (termasuk ergonomik), adalah sebahagian daripada gambaran yang lebih besar untuk membentuk generasi yang sihat dan lestari.

Bengkel Planetary Health UPM Disember 2025
“VIRTUAL OFFICE (terma yang penulis gunakan pada thn 2008-2009) adalah WORK FROM HOME(WFH) atau BEKERJA DI RUMAH (BDR) akhirnya menjadi kenyataan dan telah berlaku sekarang (2020-2022). Dapatan awalan kajian yg telah di lakukan oleh penulis semasa di UK sekitar tahun 2009-2010”. Shahrizal: Sensasi 2024.
Kesan WFH seperti yang telah di terangkan pada artikal Ruang Kerja dan Kesannya.

Bekerja tanpa mengira masa – pagi, petang, siang dan malam termasuk hari bekerja serta hujung minggu. Tiada sempadan jelas antara waktu kerja dan rehat, sehingga menjejaskan kesejahteraan fizikal dan mental. Isu terlebih kerja sering berlaku apabila sempadan antara waktu kerja dan kehidupan peribadi tidak jelas. Tanpa had masa yang jelas, pekerja cenderung bekerja dari pagi hingga ke malam, termasuk pada hujung minggu. Arahan kerja, mesej dan mesyuarat dalam talian boleh berlaku pada bila-bila masa, menyebabkan pekerja sentiasa berada dalam mod bekerja. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keseimbangan hidup, malah boleh membawa kepada keletihan melampau, tekanan emosi dan penurunan motivasi kerja dalam jangka panjang.
2. Tidak bekerja secara efektif

Kerja tidak berjalan lancar disebabkan terlalu banyak kekangan seperti sumber terhad, kemudahan tidak mencukupi atau masalah teknikal. Akibatnya, masa bekerja lebih banyak dihabiskan untuk berehat berbanding melaksanakan tugasan. Komunikasi bersemuka berkurang, menyukarkan perbincangan spontan, kerja berpasukan dan pembinaan hubungan profesional. Kekangan seperti peralatan kerja yang tidak lengkap, capaian internet yang lemah, persekitaran rumah yang tidak kondusif serta kekurangan sokongan teknikal menyukarkan pelaksanaan tugas. Akibatnya, produktiviti menurun dan sebahagian masa kerja dihabiskan tanpa hasil yang optimum, sekali gus menimbulkan persepsi negatif terhadap keberkesanan WFH.
3. Bekerja seperti biasa mengikut waktu ditetapkan

WFH berjalan dengan baik apabila pekerja mematuhi waktu kerja rasmi. Sesuai untuk individu yang berdisiplin, cekap mengurus masa serta bijak mengoptimumkan sumber kerja. WFH sebenarnya boleh berjalan seperti biasa sekiranya pekerja berdisiplin dan mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan. Pekerja yang pandai mengurus masa, merancang tugasan dan menggunakan sumber dengan cekap mampu mengekalkan prestasi kerja yang baik walaupun tidak berada di pejabat. Namun, situasi ini tidak berlaku kepada semua pekerja dan sangat bergantung kepada sikap individu serta sokongan organisasi.
4. Dilema antara kerja rumah dan kerja pejabat

Berlaku terutamanya kepada pekerja wanita yang perlu mengimbangi tanggungjawab kerja dengan urusan rumah tangga, sekali gus menjejaskan fokus dan produktiviti. Wujud dilema antara kerja rumah dan kerja pejabat, terutamanya dalam kalangan pekerja wanita yang mempunyai tanggungjawab sebagai seorgng isteri dan ibu kepada anak-anak. . Tanggungjawab mengurus rumah tangga, menjaga anak dan melaksanakan tugas pejabat secara serentak menyebabkan fokus terbahagi. Keadaan ini boleh menjejaskan kualiti kerja serta meningkatkan tekanan mental.
5.Arahan dan kawalan berlebihan (Command and Direct)

Sesetengah pihak pengurusan beranggapan pekerja yang bekerja dari rumah mempunyai lebih masa lapang, menyebabkan arahan dan mesyuarat diberikan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu kerja rasmi. pendekatan command and direct oleh pihak pengurusan turut menjadi cabaran. Anggapan bahawa pekerja di rumah sentiasa lapang menyebabkan arahan dan mesyuarat diberikan tanpa mengira waktu, sekali gus menambah beban kerja dan menjejaskan kesejahteraan pekerja. Kesimpulannya, tanpa garis panduan yang jelas, WFH boleh memberi lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Tarikh Input: 27/03/2026 | Kemaskini: 27/03/2026 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR