Sumber imej: https://dribbble.com/stories/2020/02/28/is-design-management-right-for-you muat turun pada 26.2.2021
Universiti telah banyak melahirkan pereka-pereka yang berkaliber. Mereka telah memenuhi industri-industri tempatan dan luar negara. Hasil inovasi pereka dapat direalisasikan bagi keperluan pengguna semasa. Bidang Pengurusan Reka Bentuk adalah satu bidang yang merangkumi proses mengurus reka bentuk secara sistematik, membuat keputusan perniagaan, dan merancang strategi yang memungkinkan inovasi yang bernilai tinggi.
Beberapa bidang khusus yang melibatkan pengurusan reka bentuk adalah reka bentuk perindustrian, reka bentuk penjenamaan, reka bentuk perkhidmatan, perniagaan dan kejuruteraan untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan memberikan kejayaan organisasi.
Manakala di dalam hirarki korporat pula, seorang pengurus reka bentuk bertanggungjawab ke atas operasi pembangunan reka bentuk, koordinasi taktikal di dalam perniagaan dan perancangan strategi arah tuju organasasi dengan tepat. Syarikat yang bersifat inovasi memerlukan kepakaran seorang pengurus reka bentuk di dalam mengurus fungsi penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, dan komunikasi korporat.
Cabaran semasa pengurusan reka bentuk selain daripada menghasilkan reka bentuk yang menarik adalah pendekatan untuk menjalankan perniagaan, perkhidmatan pelanggan dan mencipta nilai reka bentuk kepada pelanggan. Mereka berkemampuan melahirkan solusi yang kreatif dan inovatif dalam menghadapi keadaan yang sukar dan mencabar.
|
Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd RahmanPensyarah Kanan,Fakulti Rekabentuk dan Senibina,
|
Tarikh Input: 23/03/2021 | Kemaskini: 27/04/2021 | arizy
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR