PENGURUSAN REKA BENTUK: MENCIPTA NILAI PRODUK | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» ARTIKEL » PENGURUSAN REKA BENTUK: MENCIPTA NILAI PRODUK

PENGURUSAN REKA BENTUK: MENCIPTA NILAI PRODUK

 

Sumber imej: https://dribbble.com/stories/2020/02/28/is-design-management-right-for-you muat turun pada 26.2.2021

Universiti telah banyak melahirkan pereka-pereka yang berkaliber. Mereka telah memenuhi industri-industri tempatan dan luar negara. Hasil inovasi pereka dapat direalisasikan bagi keperluan pengguna semasa. Bidang Pengurusan Reka Bentuk adalah satu bidang yang merangkumi proses mengurus reka bentuk secara sistematik, membuat keputusan perniagaan, dan merancang strategi yang memungkinkan inovasi yang bernilai tinggi. 

Beberapa bidang khusus yang melibatkan pengurusan reka bentuk adalah reka bentuk perindustrian, reka bentuk penjenamaan, reka bentuk perkhidmatan, perniagaan dan kejuruteraan untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan memberikan kejayaan organisasi.

Manakala di dalam hirarki korporat pula, seorang  pengurus reka bentuk  bertanggungjawab ke atas operasi pembangunan reka bentuk, koordinasi taktikal di dalam perniagaan dan perancangan strategi arah tuju organasasi dengan tepat. Syarikat yang bersifat inovasi memerlukan kepakaran seorang pengurus reka bentuk di dalam mengurus fungsi penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, dan komunikasi korporat.

Cabaran semasa pengurusan reka bentuk selain daripada menghasilkan reka bentuk yang menarik adalah pendekatan untuk menjalankan perniagaan, perkhidmatan pelanggan dan mencipta nilai reka bentuk kepada pelanggan. Mereka berkemampuan melahirkan solusi yang kreatif dan inovatif dalam menghadapi keadaan yang sukar dan mencabar.

 
 
Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman
Pensyarah Kanan,
Fakulti Rekabentuk dan Senibina,
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 23/03/2021 | Kemaskini: 27/04/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdRAg~