Mereka Bentuk Laman Terapi Untuk Yang Kurang Daya Penglihatan | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» ARTICLE » Mereka Bentuk Laman Terapi Untuk Yang Kurang Daya Penglihatan

Mereka Bentuk Laman Terapi Untuk Yang Kurang Daya Penglihatan

Deria penglihatan merupakan deria yang dominan dan mengjadi penghubung untuk kita mendapat maklumat dari persekitaran. Bagi mereka yang menghadapi masalah penglihatan, ini akan mengurangkan kebolehan pengidap untuk menjalankan kehidupan seharian dan kemungkinan besar menberi kesan kepada kualiti kehidupan seharian mereka.

Masalah penglihatan, samada sepenuhnya atau separa, dihadapi oleh berjuta penduduk di dunia. Dilapurkan oleh Who Health Organization (WHO) pada 2013 terdapat 285 juta penduduk yang dianggarkan akan menghadapi masalah penglihatan di seluruh dunia. Mereka ini tidak seharusnya mempunyai sekatan untuk menikmati kawasan luaran hijau seperti mana mereka yang mempunyai deria penglihatan.