Tajuk Acara
Program Mental Wellness@Work Berjaya Dilaksanakan 🧠✨
Tarikh
24 Apr 2026 - 24 Apr 2026
Lokasi
Galeri Serdang, FRSB, UPM
Ringkasan Acara
Program Mental Wellness@Work Berjaya Dilaksanakan 🧠✨
Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM dengan kerjasama Bahagian Kaunseling UPM telah berjaya menganjurkan program Mental Wellness@Work: Transformasi Tekanan kepada Ketahanan pada 24 April 2026 bertempat di Galeri Serdang.
Program ini telah disampaikan oleh En. Mohamad Za’im Rosli, Pegawai Psikologi UPM, yang memberi pendedahan berkaitan pengurusan tekanan dan pembinaan ketahanan diri di tempat kerja.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan menyokong program ini. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian 💙
Kemaskini:: 25/05/2026 [marini]
PERKONGSIAN MEDIA