Tajuk Acara
Mesyuarat Majlis Dekan Alam Bina (MDAB)
Tarikh
25 May 2026 - 25 May 2026
Ringkasan Acara
Mesyuarat Majlis Dekan Alam Bina (MDAB) Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 25 Mei 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Seminar Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM). Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 11 ahli yang mewakili universiti awam iaitu USIM, UKM, UiTM, UM, UTM, UNIMAS, UTHM dan UIIM serta wakil daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg Prof. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof , Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM selaku Pengerusi Majlis Dekan Alam Bina sesi 2026/2027 membincangkan laporan aktiviti, pencapaian serta usaha semasa yang sedang dilaksanakan oleh setiap fakulti dalam bidang alam bina. Selain itu, ahli mesyuarat turut membincangkan perancangan pelaksanaan Seminar Kebangsaan MDAB 2026, Bengkel Garis Panduan Plagiarism AI bagi program Rekabentuk dan Senibina serta Pameran Bidang Alam Bina yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2026.
Pertemuan ini turut menjadi platform penting kepada para dekan untuk bertukar pandangan, berkongsi aspirasi serta membincangkan hala tuju dan perancangan fakulti masing-masing dalam memperkukuh bidang alam bina di Malaysia.
Diharapkan pertemuan seperti ini dapat terus memperkembangkan dan memperkasakan bidang alam bina negara, sekali gus menyumbang kepada pembangunan pendidikan, industri dan kemajuan negara pada masa hadapan.
![]()
Kemaskini:: 09/06/2026 [marini]
PERKONGSIAN MEDIA