Tajuk Acara
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN LANDSKAP DBKK KE FRSB
Tarikh
16 Apr 2026 - 16 Apr 2026
Lokasi
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Ringkasan Acara
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN LANDSKAP DBKK KE FRSB
16 April 2026 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Landskap, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ke fakulti tersebut.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan cadangan projek pembangunan Garis Panduan Pengemukaan Pelan Landskap DBKK. Sesi perbincangan tersebut turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi kepakaran serta memperkukuh kerjasama dalam bidang perancangan dan reka bentuk landskap.
Pihak FRSB menyambut baik kunjungan ini dan berharap hubungan strategik ini dapat diteruskan melalui kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang, khususnya dalam pembangunan garis panduan yang lebih komprehensif dan berimpak tinggi.
Kemaskini:: 25/05/2026 [marini]
PERKONGSIAN MEDIA