BACELOR REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DENGAN KEPUJIAN | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» AKADEMIK » PRASISWAZAH » BACELOR REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DENGAN KEPUJIAN

BACELOR REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DENGAN KEPUJIAN

1.1 Pengenalan

Jabatan Reka Bentuk Perindustrian telah menawarkan program Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM bermula bulan Julai Tahun 2002. Program ini mengambil masa 4 tahun (8 semester) atau 120 jam kredit untuk bergraduat. Ia ditawarkan sebagai program sepenuh masa.

Program ini selaras dengan visi UPM dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan menawarkan kursus yang memenuhi keperluan industri dan melahirkan graduan yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan semasa. Ia menumpukan pada pendekatan yang berpusatkan pengguna untuk mereka bentuk dan mencipta produk yang estetik dan berdaya maju dari segi teknikal. Struktur program ini menggabungkan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang sesuai dengan amalan reka bentuk kontemporari dan keperluan industri. Kami berhasrat untuk membangunkan pelajar dengan keyakinan dalam amalan reka bentuk profesional, kreativiti dan keupayaan inovatif untuk menyediakan mereka untuk kerjaya yang berjaya.

 
1.2 Pengiktirafan Program

Program ini disenaraikan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 
1.3 Prospek Kerjaya

Graduan bekerja sebagai pereka bentuk untuk produk dan syarikat pembuatan; dalam sektor perundingan, reka bentuk perabot, CAD/CAM, pendidikan, kebudayaan dan perkhidmatan dan untuk institusi penyelidikan. Pereka bentuk boleh merentas disiplin bekerja dalam bidang amalan reka bentuk yang baru, selain itu mampu memulakan dan menjalankan perniagaan reka bentuk atau pengeluaran produk masing-masing.

 
1.4 Objektif Pendidikan Program

Untuk melahirkan pereka yang

  • Melibatkan diri dalam amalan reka bentuk perindustrian dan bidang kreatif yang berkaitan.
  • Melibatkan diri dalam mengejar pengetahuan sepanjang hayat dan pembelajaran pelbagai disiplin yang sesuai untuk kerjaya industri dan akademik.
  • Memegang jawatan di peringkat pengurusan untuk meningkatkan daya kepimpinan dalam bidang reka bentuk dan jurusan yang dipilih.

 
1.5 Syarat Khas Kemasukan Program 

Selain memenuhi Syarat Kemasukan Am Universiti (lihat bahagian 2), calon mesti memenuhi Syarat Khas Kemasukan Program berikut:

Calon STPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam satu (1) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Pengajian Am; DAN

Tiada cacat penglihatan/buta warna;DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020;DAN

Lulus temu duga yang dikendalikan oleh Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, UPM.

* Keutamaan diberikan kepada calon yang mengambil mata pelajaran Seni Visual pada peringkat STPM.

Calon Matrikulasi/ Asasi

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam satu (1) mata pelajaran;DAN

Tiada cacat penglihatan / buta warna;DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020;DAN

Lulus temu duga yang dikendalikan oleh Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, UPM.

* Keutamaan diberikan kepada calon yang lulus Pendidikan Seni Visual atau Reka Cipta pada peringkat SPM.

Calon Diploma/ Setaraf

Mempunyai Diploma Reka Bentuk Perindustrian atau bidang berkaitan lain daripada Universiti, Politeknik atau institusi awam yang diiktiraf oleh Senat UPM;ATAU

Mempunyai satu (1) Diploma daripada mana-mana institusi berikut yang diluluskan oleh Senat UPM:

  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  • Diploma Reka Bentuk Produk, Diploma Teknologi Reka Bentuk Grafik dan Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Lim Kok Wing;
  • Diploma Reka Bentuk Produk dari Kolej Universiti Linton, Negeri Sembilan;
  • Diploma Reka Bentuk Dalaman dan Diploma Reka Bentuk Grafik dari Universiti SEGI; ATAU

Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang Reka Bentuk Perindustrian;DAN

Tiada cacat penglihatan / buta warna;DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020;DAN

Lulus temu duga yang dikendalikan oleh Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, UPM.

* Keutamaan diberikan kepada calon yang lulus Pendidikan Seni Visual atau Reka Cipta pada peringkat SPM.


1.6 Skema Pengajian

Jumlah Kredit untuk Bergraduat: 120 jam kredit 
Tempoh Pengajian: 8 semester (4 tahun)

 
Tahun 1, Semester 1

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND3000 Asas Reka Bentuk 4
IND3300 Sejarah dan Apresiasi Reka Bentuk 2
IND3602 Teknologi Fabrikasi Reka Bentuk Perindustrian 2
XXX Kursus Universiti 7
  Jumlah 15


Tahun 1, Semester 2

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND3800 Teknologi Pelan Dan Kemasiapan 3
IND3604 Teknik Pembuatan Model Reka Bentuk Perindustrian 3
IND3100 Studio Reka Bentuk Ergonomik 3
IND3001 Komunikasi Reka Bentuk Perindustrian 3
XXX Kursus Universiti 5
  Jumlah 17


Tahun 2, Semester 1

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND3003 Teknik Persembahan Reka Bentuk Perindustrian 3
IND3200 Reka Bentuk dan Teknologi Asas 3
IND3400 Reka Bentuk Berbantu Komputer 2D 3
XXX Kursus Universiti 3
XXX Elektif 3
  Jumlah 17


Tahun 2, Semester 2

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND3101 Studio Reka Bentuk Kreatif I 3
IND3201 Makmal Reka Bentuk dan Realisasi I 3
IND3801 Asas Teknologi Bahan Dan Pembuatan 3
IND3401 Reka Bentuk Berbantu Komputer 3D 3
XXX Kursus Universiti 3
  Jumlah 15

 
Tahun 3, Semester 1

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND3102 Studio Reka Bentuk Kreatif II 3
IND3202 Makmal Reka Bentuk dan Realisasi II 3
IND3402 Reka Bentuk Berbantu Komputer Lanjutan 3
IND3802 Teknologi Bahan Dan Pembuatan Lanjutan 3
IND4800 Reka Bentuk Produk Termaju 3
  Jumlah 15

 
Tahun 3, Semester 2

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND3205 Makmal Reka Bentuk Dan Pembuatan 3
IND3103 Studio Reka Bentuk Teknologi 3
IND3501 Amalan Profesional 3
IND4700 Pembangunan Reka Bentuk Produk Lestari 3
IND3902 Reka Bentuk Penyelidikan 3
  Jumlah 15

 
Tahun 3, Semester 3

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND4902 Latihan Industri 6
  Jumlah 6

 
Tahun 4, Semester 1

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND4949A Projek Bacelor 4
IND3901 Dialog Perindustrian 3
IND4905 Seminar Reka Bentuk Perindustrian 3
  Jumlah 10

 
Year 4, Semester 2

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

IND4949B Projek Bacelor 4
IND3701 Pemasaran Produk Perindustrian 3
XXX Elektif 3
  Jumlah 10

 
1.7 Struktur Yuran

Purata kos setiap pelajar setahun: RM 25 207.00
Yuran pengajian tahunan: Anggaran RM 4 400.00
Subsidi kerajaan kepada pelajar setahun: Lebih kurang RM 20 700.00

 
1.8 Hubungi Kami

Dr. Mohd Faiz Yahaya
Ketua Jabatan
Jabatan Reka Bentuk Perindustrian
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-9769 4077
Email: mfaizy@upm.edu.my

 
Dr. Siti Mastura Md Ishak
Koordinator Program BRBPdK
Tel: +603-9769 8033
Email: ct_mastura@upm.edu.my

 

 

 

Kemaskini:: 07/10/2025 [marini]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (03:34:46am-03:39:46am, 31 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]