SELAMAT DATANG SMK SERI MERSING , JOHOR! | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » SELAMAT DATANG SMK SERI MERSING , JOHOR!

SELAMAT DATANG SMK SERI MERSING , JOHOR!

SELAMAT DATANG SMK SERI MERSING , JOHOR!

Madiha Hailani

SERI SERDANG, 11 Julai 2024 - Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah menerima kunjungan lawatan dari SMK Seri Mersing, Johor . Seramai 40 orang pelajar tingkatan 4 & 5, telah hadir beserta dengan empat  orang guru pengiring.

Dr.Jamali Janib dari pejabat Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menyampaikan taklimat berkaitan fakulti dan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan proses kemasukan pelajar ke program-program yang ditawarkan oleh FRSB. Para pelajar turut berkesempatan mendengar satu taklimat berkenaan program Senibina Lansdskap oleh Ts. LAr. Dr. Roziyah Ibrahim dari Jabatan Senibina Landskap.

Para pelajar turut dibawa melihat demonstrasi membuat tanah campuran untuk penanaman pokok yang disampaikan oleh En. Bunawan Samuri. Program lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid berkenaan kehidupan mahasiswi di universiti. Semoga para pelajar mendapat inspirasi dan semangat seusai lawatan ini. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada mereka!

 

                                              

                 

Date of Input: 13/08/2024 | Updated: 13/08/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
F, (12:30:04pm-12:35:04pm, 09 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]