LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA KE FRSB | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA KE FRSB

LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA KE FRSB

LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA KE FRSB

Madiha Hailani

 

SRI SERDANG, 12 Februari 2026 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada pelajar dan guru Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja dalam satu sesi lawatan akademik yang berlangsung dengan jayanya. Rombongan tersebut terdiri daripada 51 orang pelajar dan lima orang guru pengiring.

Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Dekan FRSB, Mohd Johari Mohd Yusof bersama barisan pengurusan Jabatan Rekabentuk Landskap. Program dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan fakulti yang disampaikan oleh Dekan, diikuti penerangan mengenai program Bacelor Senibina Landskap oleh Penyelaras Program, Mohd Sallehuddin Mat Noor.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang bidang Senibina Landskap, di samping memberi gambaran yang lebih jelas mengenai suasana kehidupan kampus, laluan pengajian serta prospek kerjaya dalam bidang berkenaan.

Sepanjang lawatan, para pelajar dan guru turut berpeluang melawat studio Jabatan Senibina Landskap bagi meninjau hasil kerja pelajar Bacelor Senibina Landskap (Kepujian) Semester Pertama Sesi 2025/2026.

Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap lawatan ini dapat menyuntik semangat serta inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai cita-cita melanjutkan pengajian ke menara gading.

 

 

    

 

     

 

 

                                                            

Date of Input: 31/03/2026 | Updated: 31/03/2026 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (05:49:56am-05:54:56am, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]