Nur Nadiah Jasmi
SRI SERDANG, 19 November 2024 - Unit Putra Design Nucleus, Fakulti Rekabentuk dan Senibina bersama Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Zairul Mohd Noor telah menganjurkan satu bengkel penulisan cadangan penyelidikan untuk semua pelajar lepasan ijazah sama ada dari UPM ataupun Institut Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan proses penulisan cadangan penyelidikan dengan menggunakan aplikasi RFlowZ-SS iaitu perisian berasaskan AI. Bengkel ini telah berlangsung di Dewan Reka Bentuk FRSB pada jam 2 petang sehingga 5 petang dan seramai 28 orang pelajar lepasan ijazah yang mendaftar. Diharap perkongsian ilmu seperti ini memberi manfaat kepada pelajar yang hadir untuk menyediakan penulisan cadangan penyelidikan yang lebih efisien.



Date of Input: 06/01/2025 | Updated: 06/01/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my