Program “POWER UP 2024” Hasmah Mat Isa | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » Program “POWER UP 2024” Hasmah Mat Isa

Program “POWER UP 2024” Hasmah Mat Isa

Program “POWER UP 2024”

Hasmah Mat Isa

 

SERDANG, 27 April 2024 - Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah menganjurkan Program ‘Power Up 2024’ bertempat di Fakulti Rekabentuk dan Senibina dan disertai oleh 58 orang pelajar FRSB pada 27 – 28 April 2024.

 

Objektif utama program ini adalah untuk melengkapkan graduan fakulti dengan Kemahiran hidup penting abad ke-21, melatih graduan dengan Kemahiran insaniah dan kepimpinan serta melatih graduan dengan Kemahiran Visualization Through Freehand (VTF) melalui 2 sesi bersama penceramah terlatih.

 

Hari pertama program bersama Coach Amirul dan Coach Elin, pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberikan aktiviti mengikut Modul iaitu Modul 1 adalah My Career Plan, Know Yourself, Your Professional Skills. Modul 2 adalah Know Your Personality, Modul 3 Manage Your Time, Manage Your Money dan Modul ke 4 Discover Your WOW, di mana pelajar ditunjukkan kaedah untuk menampakkan diri kelihatan kemas dan menarik bagi meningkatkan penampilan yang positif memandangkan penampilan yang ditunjukkan adalah perkara pertama yang akan dilihat semasa hadir ke sesi temuduga kelak.

 

Umumnya, Coach memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar bagi melahirkan graduan dinamik dan progresif serta menambah nilai kebolehpasaran untuk kerjaya dan keusahawanan.

 

Hari Kedua adalah bersama Dr. Ruzaimi Mat Rani dari Real Leaders Solutions yang melatih peserta dengan Kemahiran Visualization Through Freehand (VTF). Program Visualization Through Freehand (VTF) adalah keupayaan asas untuk berkomunikasi secara visual spontan. Keupayaan ini amat diperlukan dalam semua bidang pekerjaan dan keusahawanan serta boleh memberi nilai tambah yang amat besar kepada graduan jika mereka dapat menguasai keupayaan VTF ini. Mereka akan dapat menzahirkan idea-idea kreatif dan inovatif secara visual spontan serta memudahkan proses komunikasi tersebut

 

Diharapkan Program POWER UP 2024 dapat membantu hasrat negara dalam melahirkan lebih ramai graduan yang mempunyai kemahiran hidup yang tinggi, mahir mengurus masa dan kewangan serta berkomunikasi secara efektif. Seterusnya menjadi pemangkin ke arah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi, kreatif, inovatif dan mampu berdikari.

 

       

 

 

     

 

 

     

 

 

         

 

 

    

 

 

              

 

Date of Input: 16/07/2024 | Updated: 16/07/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (09:18:42am-09:23:42am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]