Program Penyerahan Kad Prihatin Siswa (UPM-RHB) | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » Program Penyerahan Kad Prihatin Siswa (UPM-RHB)

Program Penyerahan Kad Prihatin Siswa (UPM-RHB)

Hasmah Mat Isa

Pada 17 hingga 20 Januari 2023, program penyerahan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Kad Prihatin Siswa juga dikenali sebagai Kad Debit-i MySiswa, ini direka khas bagi memudahkan dan melaksanakan hasrat KPT dalam melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, mempromosikan kampus tanpa tunai, kampus pintar, identiti pelajar dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik untuk pelajar.

Pihak RHB Bank telah menghantar pesanan ringkas (SMS) dan/atau emel berkaitan pembukaan Akaun Simpanan-i Pro kepada 9,521 pelajar prasiswazah UPM. Proses pengambilan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa ini telah dilakukan secara berperingkat mengikut fakulti untuk mengelakkan kesesakan. Sehubungan itu, semua pelajar prasiswazah yang telah menerima SMS atau emel daripada pihak RHB tersebut dikehendaki hadir ke Dewan Besar, PKKSSAAS UPM bagi tujuan pengambilan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa masing-masing mengikut tarikh dan giliran fakulti yang telah ditetapkan. Turut disediakan di Dewan Besar adalah tabung cabutan bertuah yang bakal memiliki sebuah motosikal daripada RHB.

Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah hadir pada 20 Januari 2023 bagi melihat proses pengambilan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa diiringi oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM, En. Nuruliman Ibrahim.

Puan Nor Azlinda Othman dan Puan Hasmah Mat Isa, wakil Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah bertugas pada 17 dan 20 Januari 2023 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Hampir 70% pelajar Fakulti hadir untuk mengambil dan mengaktifkan Kad Prihatin Siswa ini. Bagi pelajar yang tidak hadir untuk mengambil kad mereka, pihak UPM-RHB akan memberi notis baharu untuk berbuat demikian.

Date of Input: 17/03/2023 | Updated: 17/03/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDcSAA~