Program Modul Pembangunan Profesionalisme Pelajar (Modul 3P) | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » Program Modul Pembangunan Profesionalisme Pelajar (Modul 3P)

Program Modul Pembangunan Profesionalisme Pelajar (Modul 3P)

Hasmah Mat Isa

Pada 12 November 2022 (Sabtu), Fakulti Rekabentuk dan Senibina dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Modul Pembangunan Profesionalisme Pelajar (Modul 3P) kepada 30 orang pelajar Semester 1 daripada 3 program iaitu Bacelor Sains Senibina Dengan Kepujian, Bacelor Seni Bina Landskap Dengan Kepujian dan Bacelor Reka Bentuk Perindustrian Dengan Kepujian. Penyelaras Modul 3P di Fakulti adalah Ar. Dr. Athira Azmi, dari Jabatan Senibina. Manakala Fasilitator pula adalah Ts. Dr. Rosalam Che Me, Dr. Noranita Mansor, Dr. Noor Azizi Mohd Ali dan Dr. Jamali Janib.

 

Topik pilihan pelaksanaan Program Modul 3P yang pertama di Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM pada Semester 1, 2022-2023 ini adalah Topik 5: Pemikiran Unggul yang bertujuan untuk melatih pelajar membangunkan keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah dengan memberikan penekanan terhadap integrasi elemen emosi, pemikiran dan tingkah laku. Topik ini merangkumi modul seperti Asas Corak Pemikiran Unggul, Kemahiran Pemilihan Maklumat, Kemahiran Pemurnian Maklumat dan Kemahiran Membentuk Minda Positif.

 

Bagi mencapai matlamat program yang bertujuan untuk melatih pelajar membangunkan keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti Warna Topi PemikiranAli Ada Masalah Besar!Boleh Selesai Ke Ni? dan juga Just Do It!.

 

Diharapkan semua peserta yang terlibat dapat memahami konsep pemikiran unggul, kemahiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran pemurnian maklumat, serta kemahiran membentuk minda positif dalam pemikiran unggul.

 

Date of Input: 05/12/2022 | Updated: 05/12/2022 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEZRAu~