PROGRAM JABATAN TAMAN DAN LANDSKAP MAJLIS BANDARAYA IPOH 2022 | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » PROGRAM JABATAN TAMAN DAN LANDSKAP MAJLIS BANDARAYA IPOH 2022

PROGRAM JABATAN TAMAN DAN LANDSKAP MAJLIS BANDARAYA IPOH 2022

LAr. Ts. Dr. Adam Aruldewan S.Muthuveeran

 

Pada 22 Oktober 2022, Program Jabatan Taman dan Landskap Majlis Bandaraya Ipoh 2022 telah diadakan di Taman Rekreasi D.R. Seenivasagam. Program ini berlangsung dengan libatsama antara  Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Universiti Putra Malaysia (UPM - FRSB, FPAS dan CirNeT), Universiti Teknologi MARA (UiTM Seri Iskandar) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Program ini merupakan kesinambungan kepada sambutan Hari Bumi 2022 berserta Hari Alam Sekitar Negeri Perak 2022. Program ini juga menyokong pelaksanaan Ipoh ke arah Bandaraya Rendah Karbon dan Walkable City 2030, di bawah Pelan Perancangan Strategik MBI.

Seramai 43 pelajar Tahun 3 Bachelor Senibina Landskap dan penyelaras dari Jabatan Senibina Landskap, berserta kira-kira 90 pelajar UiTM Seri Iskandar didedahkan dengan Program Penghijauan melalui aktiviti penanaman pokok di tiga zon. Di Zon 1, Aktiviti Penanaman Pokok Hutan Bandar dengan saiz dan ketinggian berbeza bagi mewujudkan hutan bandar. Peserta didedahkan akan kepentingan hutan bandar bagi menangani kesan ‘Urban Heat Island’ dan juga teknik-teknik penanaman pokok yang bersesuaian.

Di di Zon 2, Penanaman Pokok Endemik serta pelbagai spesis buluh di sepanjang perimeter tasik. Plot konservasi buluh ini melibatkan penanaman sebanyak 45 spesis buluh yang sesuai dengan persekitaran tempatan serta mempunyai nilai komersil sepertimana yang dicadangkan oleh MTIB. Manakala di Zon 3, aktiviti Program Kebun Komuniti memberi pembelajaran dan pengajaran berkaitan amalan pelaksanaan kebun komuniti secara praktikal.

Selepas Program Penghijauan, pihak MTIB telah menyampaikan tiga taklimat serta perkongsian ilmu kepada perserta program berkaitan industri perkayuan dan buluh di Malaysia. Topik taklimat berkenaan; ‘Cerita Menarik Buluh’ mengulas tentang keunikan buluh dalam kegunaan harian. Sementara topik taklimat ‘Pembangunan Community Farming Buluh’ mendedahkan peserta dengan peluang penyertaan masyarakat dalam peladangan buluh secara komersial. Topik taklimat ‘Dasar-dasar Perindustrian Kayu Malaysia’ mendedahkan peserta dengan pembangunan dan arah tuju perindustrian kayu di Malaysia.

Secara umumnya, program ini berjaya mendedahkan peserta khususnya pelajar dengan ilmu teori dan praktikal dalam teknik-teknik penanaman pokok dan kesedaran dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui penanaman pokok. Pihak MBI, UPM, UiTM dan MTIB bersetuju untuk meneruskan program komuniti sebegini di masa hadapan bagi menyokong insiatif Taman Hutan Bandar dan selari dengan aspirasi negara ke arah ‘Neutral Karbon 2050’.

 

Date of Input: 05/12/2022 | Updated: 05/12/2022 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEUQAc~