PORTFOLIO REVIEW PROGRAM BACELOR SENIBINA LANDSKAP DENGAN KEPUJIAN | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » PORTFOLIO REVIEW PROGRAM BACELOR SENIBINA LANDSKAP DENGAN KEPUJIAN

PORTFOLIO REVIEW PROGRAM BACELOR SENIBINA LANDSKAP DENGAN KEPUJIAN

PORTFOLIO REVIEW PROGRAM BACELOR SENIBINA LANDSKAP DENGAN KEPUJIAN

Zetty Fazleen Anuar

SRI SERDANG, 12 Februari 2026 – Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Portfolio Review bagi program Bacelor Senibina Landskap dengan Kepujian, Semester Pertama Sesi 2025/2026. Sesi Portfolio Review ini bertujuan menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kursus berstudio, memastikan pencapaian kursus selaras dengan objektif yang ditetapkan, serta memperkukuh kualiti hasil kerja pelajar. Selain itu, ia menjadi platform penting untuk meningkatkan hubungan antara akademia dan industri, di samping menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelajar, pensyarah, dan pengamal arkitek landskap.

 

  

 

Sesi Portfolio Review lazimnya menjemput pengamal arkitek landskap berpengalaman untuk menilai hasil kerja pelajar, memberi maklum balas, dan berkongsi pandangan dengan pensyarah. Proses ini sejajar dengan usaha memastikan tahap pengajaran dan pembelajaran mengikut silibus serta setara dengan amalan kerja profesional di industri.Tiga orang Penilai adalah LAr. Hj Murzuki Hj Awang (AMBIEUU Landscape Sdn. Bhd.), Puan Nurhuda binti Abu Hassan Mazli (Studio gaRANG), dan LAr. Sabarudin Buang (Konsep Inorvatis Sdn. Bhd.)

 

       

 

         

Date of Input: 31/03/2026 | Updated: 31/03/2026 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (03:30:04am-03:35:04am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]