PERLAWANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP FRSB 2024 Alis Suhaili Abd Ghani | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE 127
» NEWS » PERLAWANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP FRSB 2024 Alis Suhaili Abd Ghani

PERLAWANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP FRSB 2024 Alis Suhaili Abd Ghani

 

PERLAWANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP FRSB 2024

Alis Suhaili Abd Ghani

 

SRI SERDANG, 11 September 2024 - Program sukan boleh memberi kesan positif yang signifikan terhadap semangat setiakawan di kalangan rakan sekerja. Penglibatan program sukan ke dalam persekitaran pejabat boleh mewujudkan persekitaran kerja yang lebih padu, bermotivasi dan produktif. Antara kesan positif lain ialah mempertingkan komunikasi, melegakan tekanan, mengeratkan hubungan persaudaraan, dan akhirnya menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan.

Pada 11 September 2024 yang lalu bertempat di Padang Arena FRSB, pihak KeSS FRSB telah menganjurkan aktiviti Perlawanan Bola Tampar Tertutup FRSB 2024. Aktiviti riadah warga fakulti ini telah berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Penganjuran perlawanan bola tampar antara rumah sukan fakulti ini bertujuan untuk mewujudkan semangat kesukanan di kalangan staf FRSB di samping mengeratkan silaturahim sesama warga fakulti.   

 

Rumah sukan yang terlibat adalah Kumpulan Kasturi (Hijau), Kumpulan Lekir (Biru), Kumpulan Lekiu (Kuning) dan Kumpulan Jebat (Merah). Kumpulan yang telah menjuarai Perlawanan Bola Tampar Tertutup FRSB 2024 ialah Kumpulan Jebat (Merah), diikuti Kumpulan Lekiu (Kuning) di tempat kedua, Kumpulan Kasturi (Hijau) di tempat ketiga dan seterusnya Kumpulan Lekir (Biru) di tempat keempat. Markah yang dimenangi juga akan diambil kira dalam pengiraan markah terkumpul keseluruhan.

Penganjuran program riadah ini dilihat sebagai satu aktiviti yang sangat baik dan diharap penganjurannya dapat diteruskan pada masa akan datang.

                       

                       

 

 

         

 

    

 

 

  

Date of Input: 23/10/2024 | Updated: 23/10/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (05:18:13am-05:23:13am, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]