PENTAULIAHAN ARKITEK BERDAFTAR PADA MAJLIS PENTAULIAHAN ARKITEK | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » PENTAULIAHAN ARKITEK BERDAFTAR PADA MAJLIS PENTAULIAHAN ARKITEK

PENTAULIAHAN ARKITEK BERDAFTAR PADA MAJLIS PENTAULIAHAN ARKITEK

Tahniah diucapkan kepada 20 orang Alumni FRSB UPM yang menerima pentauliahan arkitek berdaftar pada Majlis Pentauliahan Arkitek, Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) bagi Arkitek baru tahun 2021-2023 yang telah diadakan pada 6 Oktober 2023 di PWTC.

Seramai 245 Arkitek baru yang telah lulus Peperiksaan Profesional Part 3 telah menerima sijil dari LAM, termasuk lebih kurang 20 orang alumni dari FRSB serta seorang pensyarah Jabatan Senibina, Ar Dr Athira Azmi.

Antara petikan ucapan dari ikon senibina tanah air, Dato’ Ar Dr Hajeedar Haji Abdul Majid, Arkitek bukan sahaja perlu bersifat profesional, malah perlu mempunyai jati diri dan menekankan ‘human values’ dalam setiap perkara yang dilakukan.

Semoga kejayaan ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada para pelajar senibina UPM

Date of Input: 09/10/2023 | Updated: 09/10/2023 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEbQAY~