PENJURIAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2024 | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » PENJURIAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2024

PENJURIAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2024

b

PENJURIAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2024

Madiha Hailani

SERI SERDANG, 11 Julai 2024 – Penilaian untuk Pertandingan Sudut Bacaan Read @ Uni 2024 telah dilaksanakan di FRSB di ruang bacaan Aras 2. Pertandingan ini dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad bertujuan untuk menggalakkan aktiviti pembacaan dalam kalangan mahasiswa, pensyarah serta warga universiti keseluruhannya.

 

                                                                                                        

 

Pertandingan ini merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2024. Pertandingan ini terbuka kepada semua PTJ di UPM dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada sambutan HKIP 2024

Petandingan ini terbahagi kepada lima kategori iaitu Kategori 1 (pejabat Pentadbiran/Perkhidmatan) ,  Kategori 2 (Fakulti),  Kategori 3 (Institut), Kategori 4 (Pusat dan Kategori 5 (Kolej).

Sesi penilaian telah dilaksanakan oleh Puan Rusniah Sayuti, Penolong Ketua Pustakawan, Bahagian Sumber Pertanian Malaysia dan Puan Norshahilda Md Shahril, Penolong Pendaftar Kolej Tun Dr Ismail.

Antara syarat-syarat penyertaan dan kriteria penilaian untuk pertandingan ini adalah sudut bacaan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dapat merangsang minat membaca dan sudut perlu dibangunkan di mana-mana sudut atau ruang pejabat/kolej.

 

                                                                                                             

Date of Input: 19/08/2024 | Updated: 19/08/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (03:35:50am-03:40:50am, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]