PAMERAN ” THE WAY OF THE HEART” | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » PAMERAN ” THE WAY OF THE HEART”

PAMERAN ” THE WAY OF THE HEART”

Pn. Nurazlin Jaafar 

Pada 23 Februari 2022, UPM telah menganjurkan Pameran Seni Hybrid Merentas Dua Negara Pasca Pandemik dan Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM telah bertindak sebagai hos dan telah mengendali sepenuhnya pameran tersebut.

Tema yang akan diketengahkan adalah ‘The Way of the Heart’ merupakan hasil seni dari artis visual dan print maker dari Academy of Fine Arts, Gdansk iaitu Dominika Gołębiewska dan Dr. Beata Kolakowska dari University of Warmia and Masuria di Olsztyn.

Pameran ‘The Way of the Heart’ ini berlangsung pada 8 Februari 2022 dan berakhir pada Mac 2022. Pelancaran secara hybrid berlangsung pada 23 Februari 2022 dirasmikan oleh Ketua Misi dari Kedutaan Poland di Malaysia. Para artis juga turut menyertai acara perasmian secara maya semasa majlis diadakan di Galeri Serdang.

Pameran ini juga dilihat memberi impak yang amat bermakna terutamanya di dalam jalinan kerjasama universiti awam di Malaysia dengan institut pengajian tinggi di negara Eropah.

 

 

Date of Input: 12/05/2022 | Updated: 12/05/2022 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
CVFcVA:21:47